Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Nasional
  • Utama

Sarawak bertuah sudah lama beralih tenaga hijau, Sabah masih guna diesel jana kuasa elektrik

By Borneo Network
April 05, 2026


KUCHING— Sarawak bertuah kerana sudah lama beralih kepada penggunaan tenaga hijau untuk menjana kuasa sekali gus dapat mengurangkan impak rantaian bekalan tenaga berikutan konflik di Asia Barat yang semakin meruncing ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, Sarawak kini memperoleh kira-kira 60 peratus penjanaan tenaga daripada sumber hidro, selain turut disokong oleh tenaga solar, gas dan arang batu.

“Kita di Sarawak amat bersyukur, dengan pandangan jauh Premier dan kepimpinan terdahulu, kita sudah beralih kepada tenaga hijau terutamanya tenaga hidro di mana penjanaan tenaga daripada hidro di Sarawak kira-kira 60 peratus selain solar, gas dan arang batu.

“Jadi Sarawak agak selesa kedudukannya kerana kita tidak terlalu bergantung kepada penjanaan kuasa daripada bahan bakar seperti minyak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Kampung Semariang Batu, di sini, malam ini.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, langkah awal yang diambil kerajaan Sarawak dalam membangunkan sumber tenaga alternatif telah memberi kelebihan besar kepada negeri ini ketika berdepan ketidaktentuan bekalan dan harga petroleum global.

Tambah Ahli Parlimen Petra Jaya itu, pendekatan tersebut bukan sahaja memastikan kestabilan bekalan tenaga domestik, malah menyokong perkembangan sektor perniagaan dan industri di negeri ini.

Dalam masa sama, beliau menjelaskan bahawa bekalan petroleum termasuk diesel masih berada di bawah kawal selia Petronas, dengan jaminan bekalan akan terus diusahakan mengikut keperluan semasa.

Namun, beliau mengingatkan bahawa faktor kos tetap menjadi cabaran sekiranya bekalan perlu diperoleh dari luar negara, berikutan peningkatan harga global serta kos logistik ke Malaysia Timur.

Berbeza dengan Sarawak, jelas Fadillah berkata Sabah masih berdepan cabaran kerana kebergantungan tinggi terhadap diesel untuk penjanaan tenaga, sekali gus terdedah kepada turun naik harga dan kekangan bekalan.

Di Semenanjung pula katanya, masih bergantung kepada gas termasuk LNG dan LPG serta arang batu, yang turut terdedah kepada risiko gangguan bekalan.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa model pembangunan tenaga hijau Sarawak wajar dijadikan rujukan dalam usaha memperkukuh keselamatan tenaga di peringkat nasional.

“Pendekatan tenaga hijau bukan sahaja menjamin bekalan jangka panjang, malah membantu menstabilkan ekonomi serta meningkatkan daya tahan negeri dalam menghadapi cabaran global,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kerajaan akan terus memantau keseluruhan rantaian bekalan tenaga bagi memastikan kestabilan dan kecukupan bekalan di seluruh negara.

“Kerajaan akan sentiasa berusaha memastikan bekalan petroleum negara mencukupi dan pada masa sama kita mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya.

tamat
Tags:
  • Nasional
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • Edar lebih 700 gram syabu, bapa dua anak kena penjara seumur hidup, 12 sebatan

    Mac 13, 2026
    Edar lebih 700 gram syabu, bapa dua anak kena penjara seumur hidup, 12 sebatan
  • PBDS beri bayangan bersedia kerjasama dengan DAP, hadapi PRN Sarawak

    Februari 19, 2026
    PBDS beri bayangan bersedia kerjasama dengan DAP, hadapi PRN Sarawak
  • Mayat wanita dipercayai mangsa hilang ditemui dalam beg yang ditanam di rumah kosong

    Disember 19, 2025
    Mayat wanita dipercayai mangsa hilang ditemui dalam beg yang ditanam di rumah kosong
  • Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah

    Mac 08, 2026
    Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah
  • Hanya satu projek tebatan banjir Sarawak capai tujuan sepenuhnya

    Mac 13, 2026
    Hanya satu projek tebatan banjir Sarawak capai tujuan sepenuhnya
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.