Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Tempatan
  • Utama

Pemandu positif dadah rempuh enam kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sibu

By Borneo Network
Mac 13, 2026

SIBU, 13 Mac – Seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun ditahan selepas dipercayai merempuh enam kenderaan lain dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan tujuh kenderaan di Jalan Wong Soon Kai, di sini, malam tadi.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu menerima laporan berhubung kemalangan itu sekitar jam 9.55 malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Supt Boniface Bajai, berkata hasil siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu lelaki berkenaan sedang bergerak lurus menuju ke arah persimpangan lampu isyarat Jalan Wong Soon Kai.

“Apabila menghampiri persimpangan itu, kenderaan terbabit dipercayai tidak berhenti di lampu isyarat sebelum merempuh enam kenderaan lain yang berada di hadapannya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, kemalangan berkenaan tidak melibatkan kecederaan serius kepada mana-mana individu, namun semua kenderaan yang terbabit mengalami kerosakan teruk pada bahagian badan.

Menurutnya, pemandu Toyota Vios berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis amphetamine.

“Susulan kejadian itu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya di jalan awam,” katanya.

Tegasnya, jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 serta tidak melebihi RM15,000, selain hilang kelayakan memegang lesen memandu sekurang-kurangnya dua tahun.

tamat
Tags:
  • Tempatan
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • RM1.2 bilion diperuntuk untuk Sarawak bagi laksana 6 projek bekalan air- TPM Fadillah

    Februari 04, 2026
    RM1.2 bilion diperuntuk untuk Sarawak bagi laksana 6 projek bekalan air- TPM Fadillah
  • Cuba seludup syabu RM800,000 gagal, lelaki diberkas di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Miri

    Disember 20, 2025
    Cuba seludup syabu RM800,000 gagal, lelaki diberkas di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Miri
  • Insiden tayar kereta hilang di parkir stadium cetus kebimbangan penyokong bola sepak

    Mac 08, 2026
    Insiden tayar kereta hilang di parkir stadium cetus kebimbangan penyokong bola sepak
  • Mayat wanita dipercayai mangsa hilang ditemui dalam beg yang ditanam di rumah kosong

    Disember 19, 2025
    Mayat wanita dipercayai mangsa hilang ditemui dalam beg yang ditanam di rumah kosong
  • PBDS beri bayangan bersedia kerjasama dengan DAP, hadapi PRN Sarawak

    Februari 19, 2026
    PBDS beri bayangan bersedia kerjasama dengan DAP, hadapi PRN Sarawak
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.