Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Jenayah
  • Utama

Edar lebih 700 gram syabu, bapa dua anak kena penjara seumur hidup, 12 sebatan

By Borneo Network
Mac 13, 2026


SIBU-- Padah edar dadah, seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis.

Hakim Wong Siong Tung menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup atau bersamaan dengan 30 tahun penjara itu terhadap tertuduh, Wong Kieng Li, 33, selepas disabitkan bersalah atas pertuduhan mengedar 717.67 gram syabu, yang dilakukannya dua tahun lepas.

Pada masa sama mahkamah memerintahkan ayah kepada dua orang anak itu menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh ditangkap, 12 Disember 2023.

Hakim Wong berkata, keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan hujahan peguam bela bagi tertuduh dan Timbalan Pendakwa Raya, dengan mengambil kira faktor mitigasi dan pemberatan, jumlah dadah yang terlibat, keadaan kes serta kepentingan awam.

"Oleh itu, mahkamah memutuskan untuk tidak menjatuhkan hukuman mati dan tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup bersamaan 30 tahun dan 12 sebatan, dengan hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh tangkapan pada 12 Disember 2023,” katanya ketika membaca keputusan.

Pada 21 Ogos tahun lepas, mahkamah memerintah tertuduh membela diri setelah mendapati pihak pendakwa raya berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir pendakwaan kes.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mark Kenneth Netto dalam hujahnya sebelum hukuman dijatuhkan berkata kes ini menunjukkan gabungan antara kemudaratan yang amat serius dan tahap kesalahan yang sangat tinggi.

Beliau menjelaskan, tertuduh bukanlah seorang yang memiliki dadah secara tidak sengaja, sebaliknya beliau dengan pengetahuan telah melibatkan diri dalam pengangkutan sejumlah besar dadah Methamphetamine untuk tujuan pengedaran.

Tambahnya, tertuduh juga dengan sengaja menyembunyikan identitinya, terlibat dalam perlakuan yang menunjukkan sikap sengaja tidak mahu mengetahui (wilful blindness) dan cuba mengelakkan tanggungjawab melalui naratif yang tidak disokong bukti melibatkan pihak ketiga yang tidak dikenal pasti.

Tegasnya, dalam keadaan ini, kesalahan tersebut jelas tergolong dalam kategori yang mewajarkan hukuman maksimum yang diperuntukkan oleh undang-undang.

“Justeru, pengenaan hukuman maksimum atau sekiranya hukuman penjara seumur hidup dijatuhkan, maka sekurang-kurangnya sebatan yang lebih tinggi iaitu 12 hingga 15 sebatan wajar dikenakan adalah perlu,” katanya.

Sementara peguam bela tertuduh, Daren Ling memohon kepada mahkamah agar menjatuhkan hukuman minimum iaitu 30 tahun penjara bagi kes yang serupa dan kes-kes tersebut melibatkan jumlah berat dadah yang lebih tinggi.

“Sehubungan itu, saya dengan rendah diri memohon agar Yang Arif mempertimbangkan dan mengguna pakai hukuman terdahulu yang telah dijatuhkan oleh Yang Arif, iaitu 30 tahun penjara,” katanya.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa mengedar 717.67 gram methamphetamine di dalam kenderaan Perodua Axia di tepi Jalan Oya pada 12 Disember 2023, kira-kira 5.00 petang.

Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 dan dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, dan jika tidak dikenakan hukuman mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.  

tamat
Tags:
  • Jenayah
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • RM1.2 bilion diperuntuk untuk Sarawak bagi laksana 6 projek bekalan air- TPM Fadillah

    Februari 04, 2026
    RM1.2 bilion diperuntuk untuk Sarawak bagi laksana 6 projek bekalan air- TPM Fadillah
  • Cuba seludup syabu RM800,000 gagal, lelaki diberkas di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Miri

    Disember 20, 2025
    Cuba seludup syabu RM800,000 gagal, lelaki diberkas di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Miri
  • Insiden tayar kereta hilang di parkir stadium cetus kebimbangan penyokong bola sepak

    Mac 08, 2026
    Insiden tayar kereta hilang di parkir stadium cetus kebimbangan penyokong bola sepak
  • Mayat wanita dipercayai mangsa hilang ditemui dalam beg yang ditanam di rumah kosong

    Disember 19, 2025
    Mayat wanita dipercayai mangsa hilang ditemui dalam beg yang ditanam di rumah kosong
  • PBDS beri bayangan bersedia kerjasama dengan DAP, hadapi PRN Sarawak

    Februari 19, 2026
    PBDS beri bayangan bersedia kerjasama dengan DAP, hadapi PRN Sarawak
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.