Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Tempatan
  • Utama

Naik taraf bekas jalan balak di Miri dahului jadual, dijangka siap 2027

By Borneo Network
Mac 10, 2026


KUCHING-- Kemajuan pelaksanaan projek menaik taraf bekas jalan-jalan balak di bahagian Miri kini mencapai 69.46 peratus, sekali gus mendahului jadual asal sebanyak 20.76 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada April 2027.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, skop projek melibatkan kerja menaik taraf Jalan Ba Mubui sepanjang 6.1 kilometer serta Jalan Long Tungan sepanjang 8.6 kilometer bagi menyediakan laluan yang lebih selamat dan selesa kepada pengguna.

"Selain itu, projek ini turut merangkumi pembinaan sebuah jambatan Bailey di Batang Baram serta dua jambatan jenis Rolled Steel Joists (RSJ), masing-masing Jambatan Sungai Selaan di Ba Mubui dan Jambatan Sungai Batu Buan di Long Tungan.

PROJEK NAIK TARAF JALAN BEKAS BALAK, AKSES KE BA MUBUI DAN LONG TUNGAN SEDANG DILAKSANA

"Status pelaksanaan keseluruhan untuk empat skop ini telah mencapai 69.46 peratus," jelas kenyataan itu.

Tambahnya, projek itu di bawah Projek Naik Taraf Bekas Jalan-Jalan Balak Negeri Sarawak (Fasa IV) yang dilaksanakan oleh JKR Sarawak melalui JKR Bahagian Miri.

Jelasnya, inisiatif tersebut merupakan antara usaha berterusan Kerajaan Sarawak dalam meningkatkan jaringan perhubungan terutama di kawasan pedalaman bagi memperkukuh akses pengangkutan dan merangsang pembangunan sosioekonomi masyarakat setempat.

"Pembinaan jambatan ini dijangka meningkatkan tahap kebolehcapaian ke kawasan pedalaman selain memperkukuh rangkaian pengangkutan darat di bahagian Miri.

"Apabila siap kelak, projek ini dijangka memberi manfaat besar kepada komuniti setempat dengan memperbaiki kemudahan perhubungan serta memudahkan urusan harian penduduk termasuk aktiviti ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan asas," ujarnya.

Menurutnya lagi, pelaksanaan projek menaik taraf bekas jalan balak ini selari dengan komitmen kerajaan negeri dalam mempercepat pembangunan infrastruktur luar bandar bagi merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan pedalaman.

tamat
Tags:
  • Tempatan
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.