Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Tempatan
  • Utama

Hisap rokok, vape di tempat orang ramai, pihak berkuasa dan KKM digesa pantau

By Borneo Network
Mac 08, 2026

KUCHING-- Orang ramai menggesa pihak berkuasa, khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), memperketat pemantauan terhadap aktiviti merokok dan penggunaan rokok elektronik atau vape di kawasan awam seperti bazar yang sesak dengan pengunjung.

Beberapa individu meluahkan kebimbangan bahawa masih terdapat perokok yang tidak mematuhi peraturan dengan merokok secara terbuka di kawasan tumpuan ramai sehingga mengganggu keselesaan orang lain.

Seorang pengguna Facebook, Mohd Nor Ab Razak berkata, tindakan segelintir individu yang merokok dan menghisap vape tanpa menghiraukan persekitaran menyebabkan orang lain terpaksa menghidu asap berkenaan.

“Mohon KKM pantau tempat ini (bazar Satok). Orang hisap vape dan rokok sesuka hati,” kongsinya.

Justeru, beliau berharap pihak berkuasa dapat memantau lokasi-lokasi tertentu bagi memastikan peraturan larangan merokok dipatuhi.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Taufiqil Hafiz turut menggesa perokok supaya lebih bertanggungjawab dengan tidak merokok di kawasan awam, khususnya di hadapan orang ramai termasuk kanak-kanak.

Menurutnya, perokok seharusnya menggunakan kawasan khas merokok bagi mengelakkan orang lain terdedah kepada asap rokok yang boleh menjejaskan kesihatan.

Dalam pada itu, Fazsya Fazli berkata keadaan sama turut berlaku di beberapa lokasi lain seperti kawasan pasar malam dan tapak niaga, apabila ada individu merokok walaupun berada di tengah-tengah orang ramai.

“Perkara ini lebih membimbangkan apabila terdapat kanak-kanak dan warga emas di kawasan berkenaan,” katanya.

Mohammad Hishamuddin Jamali pula menyifatkan keadaan tersebut menimbulkan ketidakselesaan kepada pengunjung, terutama apabila aktiviti merokok berlaku di dalam kawasan berbumbung atau khemah yang dipenuhi orang ramai.

Seorang lagi individu yang mengguna nama Deadpool Daed, berkata pendedahan kepada asap rokok bukan sahaja memberi kesan kepada perokok tetapi juga orang sekeliling, sekali gus meningkatkan risiko masalah kesihatan kepada mereka yang tidak merokok.

Sementara itu, Muhammad Azri Haziq menegaskan perokok perlu lebih peka terhadap hak orang lain dan mengelakkan daripada merokok di tempat yang boleh mengganggu orang ramai.

“Orang ramai berharap pihak berkuasa dapat meningkatkan penguatkuasaan terhadap larangan merokok di kawasan awam bagi memastikan persekitaran yang lebih selesa dan selamat untuk semua,” ujarnya.

tamat
Tags:
  • Tempatan
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • Insiden tayar kereta hilang di parkir stadium cetus kebimbangan penyokong bola sepak

    Mac 08, 2026
    Insiden tayar kereta hilang di parkir stadium cetus kebimbangan penyokong bola sepak
  • Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah

    Mac 08, 2026
    Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah
  • Pekebun kecil Uma Badeng tuntut tanah kebun adat dikeluarkan daripada kawasan pajakan syarikat

    Mac 06, 2026
    Pekebun kecil Uma Badeng tuntut tanah kebun adat dikeluarkan daripada kawasan pajakan syarikat
  • Edar lebih 700 gram syabu, bapa dua anak kena penjara seumur hidup, 12 sebatan

    Mac 13, 2026
    Edar lebih 700 gram syabu, bapa dua anak kena penjara seumur hidup, 12 sebatan
  • PBDS beri bayangan bersedia kerjasama dengan DAP, hadapi PRN Sarawak

    Februari 19, 2026
    PBDS beri bayangan bersedia kerjasama dengan DAP, hadapi PRN Sarawak
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.