Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Tempatan
  • Utama

2026 tahun penentu kejayaan pelaksanaan agenda pembangunan Sarawak – Abang Johari

By Borneo Network
Januari 13, 2026


KUCHING — Tahun 2026 disifatkan sebagai tahun penentu kepada kejayaan pelaksanaan agenda pembangunan Sarawak selepas sembilan tahun pembinaan asas ekonomi, institusi dan kewangan negeri, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata tempoh seterusnya menuntut tumpuan penuh kepada kecekapan pelaksanaan serta penyampaian hasil yang nyata dan dapat dirasai oleh rakyat, sejajar dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) Sarawak bagi tempoh 2026 hingga 2030.

“Persediaan telah dibuat, dasar telah digubal dan institusi telah diperkukuh. Kini, keutamaan adalah memastikan setiap perancangan diterjemahkan kepada hasil sebenar di lapangan,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat YAB Premier Sarawak 2026 bertemakan ‘9 Tahun Yang Gemilang’ di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Menurut Abang Johari, sepanjang sembilan tahun lalu, Sarawak berdepan pelbagai cabaran termasuk ketidaktentuan ekonomi global, perubahan teknologi pesat serta pandemik COVID-19, namun negeri ini kekal stabil hasil disiplin fiskal, tadbir urus berintegriti dan perancangan strategik jangka panjang.

Beliau berkata antara pencapaian utama tempoh berkenaan ialah pengukuhan kedaulatan fiskal Sarawak melalui pengenalan Cukai Jualan Negeri ke atas produk petroleum, yang menyumbang kepada peningkatan hasil negeri sehingga dua kali ganda berbanding tahun 2017.

Kedudukan kewangan yang kukuh itu katanya, membolehkan Sarawak melaksanakan pelaburan pembangunan jangka panjang secara berhemat, mengekalkan penarafan kredit yang baik serta mencapai audit bersih secara konsisten.

Dalam aspek ekonomi digital, Abang Johari berkata pelaburan awal menerusi pengenalan Sarawak Pay pada 2017, kini dikenali sebagai SPay Global, terbukti menjadi infrastruktur penting ketika pandemik COVID-19 dan seterusnya berkembang sebagai platform utama penyampaian perkhidmatan digital kerajaan negeri.

Beliau turut menegaskan bahawa Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) kekal menjadi kerangka utama pembangunan Sarawak dengan penekanan kepada pertumbuhan ekonomi bernilai tinggi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar.

Mengulas pelaksanaan RMK-13 Sarawak, Abang Johari berkata fokus utama merangkumi peralihan tenaga bersih, perindustrian rendah karbon, pengukuhan ekonomi digital, keterjaminan makanan, pembangunan modal insan serta penambahbaikan sistem tadbir urus kerajaan.

“Tahun 2026 menandakan peralihan daripada perancangan kepada prestasi. Kejayaan tidak lagi diukur berdasarkan dasar yang diumumkan, tetapi melalui kecekapan pelaksanaan dan impak yang benar-benar dirasai oleh rakyat,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa kejayaan agenda pembangunan negeri memerlukan komitmen bersama seluruh ekosistem termasuk penjawat awam, syarikat berkaitan kerajaan, sektor swasta, pertubuhan masyarakat sivil serta rakyat Sarawak, selaras dengan semangat Segulai Sejalai.

tamat
Tags:
  • Tempatan
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • Lelaki miliki 20 rekod jenayah, positif dadah, cuba larikan diri digagalkan

    Februari 01, 2026
    Lelaki miliki 20 rekod jenayah, positif dadah, cuba larikan diri digagalkan
  • Nenek dan cucu lelaki maut dalam kebakaran

    Februari 02, 2026
    Nenek dan cucu lelaki maut dalam kebakaran
  • Rubiah jumpa Julaihi bincang, selesaikan kemelut bekalan air di Samarahan

    Februari 01, 2026
    Rubiah jumpa Julaihi bincang, selesaikan kemelut bekalan air di Samarahan
  • Sarawak perkukuh kerjasama Borneo sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi baharu

    Februari 03, 2026
    Sarawak perkukuh kerjasama Borneo sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi baharu
  • RM1.2 bilion diperuntuk untuk Sarawak bagi laksana 6 projek bekalan air- TPM Fadillah

    Februari 04, 2026
    RM1.2 bilion diperuntuk untuk Sarawak bagi laksana 6 projek bekalan air- TPM Fadillah
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.