Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Tempatan
  • Utama

Sanggup sembunyi dalam parit, tong sampah elak dicekup Imigresen

By Borneo Network
Mac 13, 2026


KUCHING– Tindakan dua wanita warga asing bersembunyi dalam longkang dan tong sampah untuk elak daripada dicekup Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak tidak berjaya selepas mereka ditangkap dalam operasi di beberapa lokasi sekitar bandar Kuching.

Menurut Jurucakap Unit Perancangan Strategik dan Khidmat Korporat JIM Sarawak, dalam operasi yang diadakan pada 11 dan 12 Mac itu, seramai 64 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.

"Operasi yang bermula seawal pagi hingga lewat malam itu melibatkan kekuatan seramai 34 pegawai penguatkuasa. 

"Serbuan pada sebelah siang tertumpu di sebuah tapak pembinaan di kawasan Muara Tebas serta beberapa premis kedai makan di Pending Heights yang dipercayai menjalankan aktiviti perjudian secara atas talian," katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas individu di lokasi terbabit mendapati sebahagian daripada warga asing tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah serta tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

Tambahnya lagi, operasi kemudian diteruskan pada sebelah malam dengan menyasarkan sebuah pusat hiburan di sekitar bandar Kuching. 

"Dalam serbuan ini, seramai 22 warga asing berjaya ditahan yang terdiri daripada warganegara China, Vietnam, Laos, Filipina dan Indonesia. 

"Kesemua individu yang ditahan telah dibawa ke Depot Imigresen untuk siasatan lanjut dan tindakan selaras dengan peruntukan undang-undang imigresen yang berkuat kuasa," tegasnya.


Tags:
  • Tempatan
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • RM1.2 bilion diperuntuk untuk Sarawak bagi laksana 6 projek bekalan air- TPM Fadillah

    Februari 04, 2026
    RM1.2 bilion diperuntuk untuk Sarawak bagi laksana 6 projek bekalan air- TPM Fadillah
  • Cuba seludup syabu RM800,000 gagal, lelaki diberkas di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Miri

    Disember 20, 2025
    Cuba seludup syabu RM800,000 gagal, lelaki diberkas di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Miri
  • Insiden tayar kereta hilang di parkir stadium cetus kebimbangan penyokong bola sepak

    Mac 08, 2026
    Insiden tayar kereta hilang di parkir stadium cetus kebimbangan penyokong bola sepak
  • Mayat wanita dipercayai mangsa hilang ditemui dalam beg yang ditanam di rumah kosong

    Disember 19, 2025
    Mayat wanita dipercayai mangsa hilang ditemui dalam beg yang ditanam di rumah kosong
  • PBDS beri bayangan bersedia kerjasama dengan DAP, hadapi PRN Sarawak

    Februari 19, 2026
    PBDS beri bayangan bersedia kerjasama dengan DAP, hadapi PRN Sarawak
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.