Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Nasional
  • Utama

Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah

By Borneo Network
Mac 08, 2026


KUCHING-- Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof memaklumkan bahawa perbincangan mengenai cadangan penambahan 17 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kini masih berlangsung di peringkat Kerajaan Persekutuan sebelum dibentangkan untuk pertimbangan Parlimen yang dijangka pada Julai nanti.

Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu menjelaskan sebarang perkembangan lanjut berkaitan perkara tersebut hanya akan diketahui selepas cadangan penambahan kerusi berkenaan dibentangkan dan mendapat kelulusan Parlimen.

“Sekarang ini kita hanya berbincang di peringkat Persekutuan dan kita sasarkan supaya cadangan penambahan kerusi DUN Sarawak itu dapat dibentangkan pada sesi Parlimen Julai nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Iftar Jamaie NEXGEN Petra Jaya 2026 yang berlangsung di Masjid Al-Ghazali, Petra Jaya, malam ini.

Cadangan penambahan kerusi DUN Sarawak itu akan menjadikan jumlah keseluruhan kerusi meningkat daripada 82 kepada 99 kerusi.

Pada 7 Julai 2025,, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Dewan Undangan Negeri (Komposisi Keanggotaan) 2025 yang menyaksikan pertambahan 17 kerusi baharu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 99 kerusi DUN.

Dalam majlis sama, Fadillah turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada pelajar tahfiz dari Madrasah Darul Uloom Islamiyyah Rampangi, Madrasah Darul Uloom Al-Fatah dan Madrasah Tahfiz Al-Qurah Bidayatul Muthadin serta kepada penghuni Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah.

Terdahulu, Fadillah menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri buat Golongan Asnaf anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Muslim Kpg Gita Matang di Dewan Serbaguna Kpg Pinang Jawa sebelum ke Program Pemuda Belia Petra Jaya Prihatin di Masjid Al Hakim Jalan Muda Hashim.

Selepas itu, beliau menghadiri Majlis Penutupan Kem Ihya Ramadan di Centexs Kuching, Santubong.

tamat

Tags:
  • Nasional
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • Insiden tayar kereta hilang di parkir stadium cetus kebimbangan penyokong bola sepak

    Mac 08, 2026
    Insiden tayar kereta hilang di parkir stadium cetus kebimbangan penyokong bola sepak
  • Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah

    Mac 08, 2026
    Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah
  • Pekebun kecil Uma Badeng tuntut tanah kebun adat dikeluarkan daripada kawasan pajakan syarikat

    Mac 06, 2026
    Pekebun kecil Uma Badeng tuntut tanah kebun adat dikeluarkan daripada kawasan pajakan syarikat
  • Edar lebih 700 gram syabu, bapa dua anak kena penjara seumur hidup, 12 sebatan

    Mac 13, 2026
    Edar lebih 700 gram syabu, bapa dua anak kena penjara seumur hidup, 12 sebatan
  • PBDS beri bayangan bersedia kerjasama dengan DAP, hadapi PRN Sarawak

    Februari 19, 2026
    PBDS beri bayangan bersedia kerjasama dengan DAP, hadapi PRN Sarawak
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.