Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Tempatan
  • Utama

TPM Fadillah lancar Pelan Strategik PETRA 2026-2030, dokumen utama hala tuju kementeriannya

By Borneo Network
Januari 29, 2026

KUCHING— Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini melancarkan Pelan Strategik PETRA 2026-2030 (PSP26–30) yang merupakan dokumen utama yang memeta hala tuju strategik kementerian itu bagi tempoh lima tahun akan datang.

Menterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, PSP 26–30 dirangka berteraskan enam teras strategik, merangkumi 34 strategi, 119 program dan inisiatif serta 133 sasaran yang jelas dan terukur.

“Pelan hala tuju ini bukan sekadar dokumen perancangan, malah menjadi kompas utama PETRA dalam mempercepat pelaksanaan agenda peralihan tenaga dan transformasi air selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI, Rancangan Malaysia Ke-13 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

“Harapan saya agar semua bahagian, jabatan dan agensi di bawah PETRA dapat memberikan komitmen penuh bagi memastikan perancangan lima tahun ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai matlamat yang ditetapkan.

“Syabas dan Tahniah kepada Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa (BPSA) selaku peneraju serta semua pegawai dari pelbagai bahagian dan agensi di bawah PETRA yang terlibat dalam membangunkan PSP 26–30 ini,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran pelan itu di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, Fadillah memberitahu kejayaan PETRA sepanjang 2025 membuktikan keupayaan warga kementerian dalam menyampaikan impak sebenar kepada rakyat. 

Jelasnya, dalam sektor air misalannya 88.89 peratus projek sambungan air siap mendahului atau ikut jadual ; 21 Loji Rawatan Air (LRA) siap membekalkan 2,081 juta liter harian (JLH) dan 4,783 km paip dinaik taraf di seluruh negara. 

Tambah beliau, JPS juga melaksanakan 149 projek tebatan banjir memanfaatkan 1.77 juta penduduk, manakala SPAN mencatat penjimatan air sehingga 85 peratus melalui peluasan Water Efficiency Product Labelling (WEPLS).

“Manakala sektor tenaga mencatat kapasiti terpasang tenaga boleh baharu (TBB) melebihi 13,300 MW setakat Disember 2025. 

“Ini selaras sasaran 70 peratus menjelang 2050. Penjimatan tenaga melalui National Energy Efficiency Action Plan (NEEAP) mencapai penjimatan elektrik kumulatif 60,852 GWj - dengan penjimatan kos RM16.09 bilion dan pengurangan pelepadan karbon 35.6 juta tan,” ujarnya.

Dari segi kerjasama serantau, Fadillah berkata, pelancaran ASEAN Plan of Action for Energy Cooperation (APAEC) 2026 - 2035 Fasa Pertama; memulakan inisiatif pembiayan Asean Power Grid (APG) Prestasi cemerlang perbelanjaan pembangunan PETRA yang mencecah hampir 100 peratus juga mencerminkan kecekapan tadbir urus serta keupayaan menterjemah peruntukan kepada manfaat langsung kepada rakyat. 

“Selain itu, PETRA mencatat prestasi perbelanjaan RM4.45 bilion atau 99.5 peratus peruntukan - antara 5 Kementerian Terbaik Negara.
“Budaya kerja positif terus diperkukuhkan apabila PETRA muncul sebagai kementerian dengan indeks keseronokan bekerja tertinggi, membuktikan persekitaran kerja yang sihat mampu melahirkan prestasi luar biasa.

“Semoga PETRA terus melakar kecemerlangan, memperkukuh kepercayaan rakyat dan memacu Malaysia ke arah masa depan yang lebih lestari, sejahtera dan berdaya saing,” katanya lagi.

tamat
Tags:
  • Tempatan
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • Edar lebih 700 gram syabu, bapa dua anak kena penjara seumur hidup, 12 sebatan

    Mac 13, 2026
    Edar lebih 700 gram syabu, bapa dua anak kena penjara seumur hidup, 12 sebatan
  • PBDS beri bayangan bersedia kerjasama dengan DAP, hadapi PRN Sarawak

    Februari 19, 2026
    PBDS beri bayangan bersedia kerjasama dengan DAP, hadapi PRN Sarawak
  • Mayat wanita dipercayai mangsa hilang ditemui dalam beg yang ditanam di rumah kosong

    Disember 19, 2025
    Mayat wanita dipercayai mangsa hilang ditemui dalam beg yang ditanam di rumah kosong
  • Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah

    Mac 08, 2026
    Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah
  • Hanya satu projek tebatan banjir Sarawak capai tujuan sepenuhnya

    Mac 13, 2026
    Hanya satu projek tebatan banjir Sarawak capai tujuan sepenuhnya
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.