Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Tempatan
  • Utama

30,000 juruteknik satelit diperlukan, I-CATS jalin kerjasama universiti antarabangsa latih anak Sarawak

By Borneo Network
Januari 27, 2026

KUCHING: Sarawak memerlukan kira-kira 30,000 juruteknik satelit bagi menyokong pembangunan industri aeroangkasa dan teknologi satelit negeri ini, sekali gus membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada anak Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, keperluan tenaga kerja berkemahiran tersebut sejajar dengan perancangan kerajaan negeri untuk memperluaskan penggunaan teknologi satelit generasi baharu, khususnya melalui penggunaan CubeSat, iaitu satelit bersaiz kecil dan berkos lebih rendah berbanding satelit konvensional.

Sehubungan itu, Institut Teknologi dan Penyelidikan Antarabangsa Sarawak (I-CATS) menjalin kerjasama strategik dengan Universiti Tsinghua dan Universiti Istanbul, bagi melatih serta membangunkan kepakaran anak Sarawak dalam bidang teknologi aeroangkasa dan satelit.

“Pembangunan modal insan menjadi keutamaan kita, termasuk penubuhan fakulti teknologi aeroangkasa di I-CATS bagi memastikan anak Sarawak menguasai kemahiran teknikal terkini dalam bidang kejuruteraan satelit.

“Kita mahu melatih tenaga kerja tempatan terlebih dahulu. Keperluan juruteknik satelit dianggarkan sekitar 30,000 orang dan ini merupakan peluang besar untuk anak Sarawak menceburi bidang berteknologi tinggi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan APACE 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata, penggunaan CubeSat juga lebih menjimatkan kerana kos pembinaan satelit konvensional boleh mencecah antara RM100 juta hingga RM300 juta, manakala kos CubeSat adalah di bawah RM1 juta bagi setiap unit.

Beliau turut memaklumkan satelit CubeSat mempunyai jangka hayat operasi antara empat hingga lima tahun, sebelum perlu diganti bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan pengumpulan data secara berterusan.

Menurutnya lagi, teknologi CubeSat mampu mengorbit bumi dalam tempoh kira-kira 120 minit bagi setiap pusingan dan berfungsi dalam bentuk konstelasi, iaitu kumpulan satelit yang saling berkomunikasi antara satu sama lain untuk menghantar data ke bumi.

“Teknologi ini penting bagi pemeliharaan alam sekitar, khususnya untuk pemantauan hutan, tanah, kawasan paya bakau, aliran air serta perancangan sistem takungan air bagi mengurangkan risiko banjir. 

“Semua ini memerlukan data yang tepat dan terkini,” ujarnya. 

tamat
Tags:
  • Tempatan
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • Edar lebih 700 gram syabu, bapa dua anak kena penjara seumur hidup, 12 sebatan

    Mac 13, 2026
    Edar lebih 700 gram syabu, bapa dua anak kena penjara seumur hidup, 12 sebatan
  • PBDS beri bayangan bersedia kerjasama dengan DAP, hadapi PRN Sarawak

    Februari 19, 2026
    PBDS beri bayangan bersedia kerjasama dengan DAP, hadapi PRN Sarawak
  • Mayat wanita dipercayai mangsa hilang ditemui dalam beg yang ditanam di rumah kosong

    Disember 19, 2025
    Mayat wanita dipercayai mangsa hilang ditemui dalam beg yang ditanam di rumah kosong
  • Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah

    Mac 08, 2026
    Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah
  • Hanya satu projek tebatan banjir Sarawak capai tujuan sepenuhnya

    Mac 13, 2026
    Hanya satu projek tebatan banjir Sarawak capai tujuan sepenuhnya
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.