Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Nasional
  • Utama

RM120 juta disalur kepada rumah ibadat dan sekolah mission, penerima diingat patuhi syarat pelaporan- Uggah

By Borneo Network
Januari 27, 2026


KUCHING — Kerajaan Sarawak melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) memperuntukkan sebanyak RM120 juta bagi pelaksanaan projek pembangunan rumah ibadat dan sekolah misi di negeri ini.
 
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Menteri bertanggungjawab bagi UNIFOR berkata, sebanyak RM90 juta diperuntukkan kepada rumah-rumah ibadat manakala RM30 juta kepada sekolah-sekolah mission.

"Oleh itu, saya menasihatkan semua penerima geran supaya mengemukakan permohonan dan dokumentasi lengkap lebih awal, iaitu selewat-lewatnya akhir Februari, bagi membolehkan proses penilaian dan kelulusan dipercepatkan.

“Perancangan kita adalah untuk mengeluarkan cek menjelang Jun, supaya isu kelewatan pelaksanaan projek seperti yang berlaku sebelum ini dapat dielakkan.

“Ini kerana pada tahun lalu kita berdepan beberapa isu. Sebab itu kita meminta semua Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) serta pihak pengurusan rumah ibadat mengemukakan permohonan awal supaya proses dapat dipercepatkan dan masalah sama tidak berulang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Majlis Penyampaian Cek Bantuan Dana Rumah Ibadat Agama-Agama Lain (UNIFOR) 2025 Fasa 4 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Uggah mengingatkan semua penerima peruntukan agar membelanjakan dana yang diterima mengikut perancangan yang telah diluluskan serta mengemukakan laporan kemajuan kepada UNIFOR secara berkala.

“Tegas saya nyatakan, selagi laporan kemajuan tidak diterima dan dana tidak dibelanjakan, sebarang permohonan baharu daripada rumah ibadat berkenaan tidak akan dipertimbangkan,” katanya.

Tambahnya, amalan menyimpan dana tanpa melaksanakan projek tidak menepati tujuan peruntukan tersebut.

Mengulas mengenai status projek tahun lalu, beliau berkata daripada 309 projek yang diluluskan, 285 projek masih belum mengemukakan laporan kemajuan, kemungkinan disebabkan dana baharu sahaja diterima. Namun begitu, katanya, pemantauan berterusan sedang dilakukan melalui lawatan lapangan oleh pasukan UNIFOR.

Bagi memastikan ketelusan kos projek, beliau berkata kerajaan kini mendapatkan khidmat Jabatan Kerja Raya (JKR), termasuk pegawai juruukur bahan dan arkitek, bagi menilai serta mengesahkan anggaran kos projek.

“Penilaian dibuat berdasarkan bill of quantities yang standard, supaya kos yang dicadangkan tidak menyimpang daripada harga yang ditetapkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kerajaan turut membincangkan isu permohonan tanah bagi tanah perkuburan dan terma rujukan khusus sedang dirangka bagi tujuan tersebut.

Menjawab pertanyaan mengenai pembinaan rumah ibadat tanpa kebenaran, beliau menjelaskan bahawa tiada laporan mengenai rumah ibadat haram diterima setakat ini. 

Sebaliknya, katanya kebanyakan rumah ibadat yang dibangunkan kini berada dalam proses pendaftaran atau telah mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Sebagai contoh di Bintulu, tapak gereja dibangunkan bersebelahan tapak masjid dan ini merupakan perkembangan yang sihat dari segi keharmonian antara agama,” ujarnya.

tamat
Tags:
  • Nasional
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • Edar lebih 700 gram syabu, bapa dua anak kena penjara seumur hidup, 12 sebatan

    Mac 13, 2026
    Edar lebih 700 gram syabu, bapa dua anak kena penjara seumur hidup, 12 sebatan
  • PBDS beri bayangan bersedia kerjasama dengan DAP, hadapi PRN Sarawak

    Februari 19, 2026
    PBDS beri bayangan bersedia kerjasama dengan DAP, hadapi PRN Sarawak
  • Mayat wanita dipercayai mangsa hilang ditemui dalam beg yang ditanam di rumah kosong

    Disember 19, 2025
    Mayat wanita dipercayai mangsa hilang ditemui dalam beg yang ditanam di rumah kosong
  • Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah

    Mac 08, 2026
    Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah
  • Hanya satu projek tebatan banjir Sarawak capai tujuan sepenuhnya

    Mac 13, 2026
    Hanya satu projek tebatan banjir Sarawak capai tujuan sepenuhnya
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.