Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Tempatan
  • Utama

JSJNS tangkap 13,198 suspek berkaitan dadah termasuk 644 tokan dadah, rampasan dadah lebih RM30 juta pada 2025

By Borneo Network
Januari 23, 2026


KUCHING— Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak (JSJNS) merekodkan rampasan dadah dan racun berjumlah RM32.2 juta dengan tangkapan seramai 13,198 orang pada 2025, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah.

Katanya, tangkapan dan rampasan itu direkodkan bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2025 di mana mencatatkan peningkatan 27 peratus berbanding tempoh sama pada 2024.

“Bagi tempoh tersebut, JSJNS telah mencatatkan sebanyak 13,198 tangkapan berbanding 10,396 tangkapan pada tahun 2024, iaitu peningkatan sebanyak 2,808 tangkapan atau 27 peratus. 

“Daripada jumlah ini, 644 adalah pengedar dadah, 2,415 memiliki dadah dan 10,139 merupakan pengguna dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Bulan Januari Pesuruhjaya Polis Sarawak di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini, hari ini.

Tambah Mohamad Zainal, nilai rampasan pelbagai jenis dadah dan racun sepanjang 2025 adalah RM32.2 juta, sedikit menurun berbanding RM34 juta pada tahun sebelumnya. 

Jelasnya, penurunan ini berlaku kerana kejayaan pihaknya menuduh lebih ramai pengedar di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman lebih berat.

“Sepanjang tahun lalu, kita juga telah mengambil tindakan terhadap 293 penagih tegar di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman penjara lima hingga tujuh tahun serta sebatan.

“Dalam usaha melumpuhkan sumber kewangan pengedar dadah, PDRM Sarawak berjaya meningkatkan sitaan harta pengedar sebanyak 336 peratus, bersamaan RM17.9 juta berbanding RM4.1 juta pada 2024. 

“Ini adalah pencapaian yang sangat membanggakan dan antara rekod tertinggi dalam sejarah pembanterasan dadah di Sarawak,” katanya.

Bagi Jabatan Siasatan Jenayah pula , Mohamad Zainal berkata, secara keseluruhan, jumlah jenayah indeks telah menurun sebanyak 390 kes, bersamaan penurunan 8 peratus berbanding 2024. 

Namun begitu, tegasnya, terdapat beberapa perkembangan yang perlu diberi perhatian iaitu jenayah kekerasan mencatatkan sedikit peningkatan sebanyak 2peratus, dengan penyumbang utama adalah kes rogol yang meningkat sebanyak 21 peratus pada 2025.

“Bagi jenayah harta benda, terdapat penurunan sebanyak 9 peratus, dengan pengurangan ketara dalam kes curi van, lori dan jentera berat sebanyak 43 peratus serta curi motosikal sebanyak 16 peratus. 

“Walau bagaimanapun, kes curi kereta meningkat sebanyak 12 peratus, melibatkan 10 daerah yang menunjukkan peningkatan kes tersebut. 

“Selain itu, kes pecah rumah dan curi juga meningkat, di 17 daerah di Sarawak,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan PDRM akan memperkukuh rondaan, meningkatkan kesedaran awam serta memperluas program pencegahan jenayah bagi menangani isu-isu ini.

tamat
Tags:
  • Tempatan
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • 30,000 juruteknik satelit diperlukan, I-CATS jalin kerjasama universiti antarabangsa latih anak Sarawak

    Januari 27, 2026
    30,000 juruteknik satelit diperlukan, I-CATS jalin kerjasama universiti antarabangsa latih anak Sarawak
  • RM120 juta disalur kepada rumah ibadat dan sekolah mission, penerima diingat patuhi syarat pelaporan- Uggah

    Januari 27, 2026
    RM120 juta disalur kepada rumah ibadat dan sekolah mission, penerima diingat patuhi syarat pelaporan- Uggah
  • Loji janakuasa 120MW dibina di Labuan, jamin bekalan elektrik lebih stabil- TPM Fadillah

    Januari 27, 2026
    Loji janakuasa 120MW dibina di Labuan, jamin bekalan elektrik lebih stabil- TPM Fadillah
  • Pemahaman MA63 Strategi Peroleh Sokongan Dewan Rakyat – Fadillah

    Januari 26, 2026
    Pemahaman MA63 Strategi Peroleh Sokongan Dewan Rakyat – Fadillah
  • JSJNS tangkap 13,198 suspek berkaitan dadah termasuk 644 tokan dadah, rampasan dadah lebih RM30 juta pada 2025

    Januari 23, 2026
    JSJNS tangkap 13,198 suspek berkaitan dadah termasuk 644 tokan dadah, rampasan dadah lebih RM30 juta pada 2025
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.