Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Nasional
  • Utama

Loji janakuasa 120MW dibina di Labuan, jamin bekalan elektrik lebih stabil- TPM Fadillah

By Borneo Network
Januari 27, 2026


KUCHING— Labuan bakal memiliki loji janakuasa baharu 120MW yang akan menjamin bekalan elektrik yang lebih stabil, cekap dan mampan untuk rakyat di kawasan tersebut.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, projek ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan tenaga, malah menyokong pertumbuhan ekonomi, peluang pekerjaan serta kesejahteraan komuniti setempat untuk jangka panjang.

“Alhamdulillah, satu lagi langkah besar ke arah menjamin bekalan elektrik yang lebih stabil, cekap dan mampan untuk rakyat Labuan telah dimulakan hari ini melalui Majlis Pecah Tanah dan Pelancaran Projek Loji Janakuasa Baharu 120MW di Kawasan Perindustrian Rancha, Labuan

“Penghargaan kepada Rancha Power Sdn. Bhd. serta rakan strategik PG Energia, SEC Power dan Sustainable Power atas keyakinan pelaburan dan komitmen dalam membangunkan infrastruktur tenaga yang penting untuk negara dan rakyat, khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Pembangunan loji janakuasa ini melambangkan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam memastikan sistem bekalan elektrik yang boleh dipercayai, berdaya tahan dan bersedia menyokong pembangunan masa hadapan, sejajar dengan agenda peralihan tenaga negara,” katanya pada majlis itu.

Dalam pada itu, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, dasar tenaga negara berteraskan tiga prinsip utama iaitu keselamatan bekalan, kemampanan alam sekitar dan keterjangkauan kos kepada rakyat. 

Tegasnya, semua ini dilaksanakan selari dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) serta sasaran sifar pelepasan karbon seawal 2050.

Malah, katanya, dalam usaha menuju masa depan rendah karbon, kerajaan mengamalkan pendekatan “transition, not disruption” iaitu peralihan yang tersusun dan realistik.

“Loji berkecekapan tinggi seperti ini berperanan sebagai penyokong kestabilan sistem sambil tenaga boleh baharu terus diperkasa.

“Tenaga adalah aset strategik negara yang menjadi pemangkin kestabilan ekonomi, keyakinan pelabur dan kualiti hidup rakyat. 

“Bekalan elektrik yang stabil adalah asas kepada pembangunan industri, perkhidmatan dan kemajuan sosial,” jelasnya.

Menurutnya lagi, dalam konteks serantau, Labuan mempunyai potensi besar sebagai nod tenaga strategik, selari dengan inisiatif Grid Tenaga ASEAN (APG) yang mengukuhkan kerjasama dan keselamatan tenaga antara negara ASEAN.

“Projek ini juga mengambil kira keperluan menggantikan aset janakuasa lama serta peningkatan permintaan tenaga akibat pertumbuhan ekonomi dan industri di Labuan, memastikan sistem tenaga kekal kukuh untuk dekad akan datang.

“Justeru, kerajaan melalui PETRA akan terus memastikan setiap projek tenaga dilaksanakan dengan tadbir urus yang baik, pematuhan alam sekitar dan keselamatan yang ketat demi kepentingan rakyat serta pelabur.

“Semoga projek Loji Janakuasa 120MW ini menjadi pemangkin kemajuan Labuan, membuka lebih banyak peluang ekonomi dan menjamin masa depan tenaga yang lebih lestari untuk generasi akan datang,” ujarnya.

tamat
Tags:
  • Nasional
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • Edar lebih 700 gram syabu, bapa dua anak kena penjara seumur hidup, 12 sebatan

    Mac 13, 2026
    Edar lebih 700 gram syabu, bapa dua anak kena penjara seumur hidup, 12 sebatan
  • PBDS beri bayangan bersedia kerjasama dengan DAP, hadapi PRN Sarawak

    Februari 19, 2026
    PBDS beri bayangan bersedia kerjasama dengan DAP, hadapi PRN Sarawak
  • Mayat wanita dipercayai mangsa hilang ditemui dalam beg yang ditanam di rumah kosong

    Disember 19, 2025
    Mayat wanita dipercayai mangsa hilang ditemui dalam beg yang ditanam di rumah kosong
  • Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah

    Mac 08, 2026
    Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah
  • Hanya satu projek tebatan banjir Sarawak capai tujuan sepenuhnya

    Mac 13, 2026
    Hanya satu projek tebatan banjir Sarawak capai tujuan sepenuhnya
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.