Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Tempatan
  • Utama

Pemahaman MA63 Strategi Peroleh Sokongan Dewan Rakyat – Fadillah

By Borneo Network
Januari 26, 2026



KUCHING— Semangat Malaysia perlu dihidupkan semula dengan memberi tumpuan kepada pemahaman terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam kalangan semua rakyat termasuk Ahli-Ahli Parlimen agar perpaduan dan keharmonian terus terpelihara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, pemahaman terhadap MA63 itu penting kerana ia adalah strategi untuk mendapatkan sokongan yang mencukupi terutamanya ketika sesuatu perkara dibawa untuk undian di Dewan Rakyat.

“Biasalah manusia walaupun sudah diterangkan banyak kali, ada orang nak memahami dan ada juga orang tak mahu memahami dan dari situlah kita boleh mengkategorikan mereka.

“Mana yang mahu memahami, faham dan mahu bersama kita dan sekurang-kurangnya kita tahu apabila betul-betul dibawa untuk undian (di Parlimen) kita sudah tahu jumlah sokongan. Inilah strategi kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Sesi 'Fireside Chat' di Majlis Resepsi dan Makan Malam Oxbridge Sarawak di sebuah hotel terkemuka, di sini, pada Ahad.

Dalam pada itu, Fadillah memberitahu, sokongan ini penting bagi merangka strategi politik yang lebih tersusun kepada Sarawak dan Sabah.

Tegas beliau, ini terutamanya menentukan sama ada sesuatu usul atau pindaan berkaitan MA63 berpotensi memperoleh majoriti penuh atau sebaliknya.

"Apabila sesuatu perkara itu perlu dibawa untuk undian, kita sudah tahu jumlah sokongan.

"Dari situ, kita boleh merangka strategi lebih awal sama ada kita akan memperoleh dua per tiga majoriti (undian) ataupun tidak," ujar beliau.

Selain itu, beliau berkata, masih ramai rakyat termasuk dalam kalangan mereka yang berpendidikan tinggi kurang memahami sejarah sebenar pembentukan Malaysia kerana aspek MA63 dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) tidak diberi penekanan dalam sistem pendidikan sebelum ini.

“MA63 dan Laporan IGC tidak termasuk dalam silibus sejarah kita. Oleh sebab itu, tidak ramai yang benar-benar memahaminya. Itulah sebabnya saya tadi menerangkan kepada mereka bahawa pada masa ini kita perlu menghidupkan semula semangat Malaysia.

“Semangat Malaysia ini berlandaskan MA63. Oleh itu, kita perlu memahami kandungan perjanjian tersebut. Terdapat beberapa perkara yang telah dipersetujui sebelum ini, sepatutnya dilaksanakan tetapi masih belum dilaksanakan.

“Masalahnya ialah terdapat hak-hak negeri yang sepatutnya dipelihara, namun telah berlaku pencerobohan atau campur tangan oleh pihak Persekutuan dalam urusan negeri. Perkara-perkara inilah yang perlu kita perbetulkan,” katanya.

Tegasnya, perjuangan Sarawak dan Sabah bukanlah tuntutan baharu, sebaliknya usaha membetulkan hak-hak negeri yang sebelum ini dicerobohi atau diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan.

“Ini bukannya bermaksud Sabah atau Sarawak ingin menuntut perkara baharu, tetapi tuntutan ini berlandaskan MA63 dan Laporan IGC,” ujarnya.

Fadillah menambah, usaha itu kini diperhalusi melalui Jawatankuasa Teknikal MA63 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan hak berkenaan dapat dikembalikan demi masa depan negara.

“Jika tidak dapat dikembalikan sepenuhnya, ia perlu sekurang-kurangnya diharmonikan demi menjaga perpaduan dan keharmonian negara,” ujarnya.

Menyentuh mengenai aspek pendidikan pula Fadillah berkata ia turut memainkan peranan penting dalam membentuk kefahaman itu kerana dalam proses pendidikan negara, penekanan seharusnya diberikan kepada sejarah penubuhan Malaysia dan tidak hanya tertumpu kepada sejarah penubuhan Tanah Melayu.

"Perkara berkaitan Malaysia, MA63 serta Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan sebenarnya telah termasuk dalam syllabus sejarah kita, namun pemahaman terhadap kandungannya masih perlu diperkukuh," katanya.

Beliau berkata semangat Malaysia yang berteraskan MA63 menuntut kefahaman menyeluruh terhadap kandungan perjanjian berkenaan, termasuk perkara-perkara yang telah dipersetujui untuk dipulangkan kepada negeri.

tamat

Tags:
  • Tempatan
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • 30,000 juruteknik satelit diperlukan, I-CATS jalin kerjasama universiti antarabangsa latih anak Sarawak

    Januari 27, 2026
    30,000 juruteknik satelit diperlukan, I-CATS jalin kerjasama universiti antarabangsa latih anak Sarawak
  • RM120 juta disalur kepada rumah ibadat dan sekolah mission, penerima diingat patuhi syarat pelaporan- Uggah

    Januari 27, 2026
    RM120 juta disalur kepada rumah ibadat dan sekolah mission, penerima diingat patuhi syarat pelaporan- Uggah
  • Loji janakuasa 120MW dibina di Labuan, jamin bekalan elektrik lebih stabil- TPM Fadillah

    Januari 27, 2026
    Loji janakuasa 120MW dibina di Labuan, jamin bekalan elektrik lebih stabil- TPM Fadillah
  • Pemahaman MA63 Strategi Peroleh Sokongan Dewan Rakyat – Fadillah

    Januari 26, 2026
    Pemahaman MA63 Strategi Peroleh Sokongan Dewan Rakyat – Fadillah
  • JSJNS tangkap 13,198 suspek berkaitan dadah termasuk 644 tokan dadah, rampasan dadah lebih RM30 juta pada 2025

    Januari 23, 2026
    JSJNS tangkap 13,198 suspek berkaitan dadah termasuk 644 tokan dadah, rampasan dadah lebih RM30 juta pada 2025
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.