Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Tempatan
  • Utama

Sarawak sedia RM4 bilion di bawah RMK13 bina apartment lengkap gymnasium Penjawat Awam - Abg Jo

By Borneo Network
Januari 15, 2026


KUCHING— Sebanyak RM4 bilion diperuntukkan bagi membina kuaters baharu untuk penjawat awam khasnya di kawasan pedalaman di Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.


Beliau mendedahkan, ketika ini kebanyakan kuarters kerajaan sedia ada terutamanya di kawasan pedalaman berada dalam keadaan usang dan tidak lagi sesuai didiami.


“Sekarang kita tidak ada kuaters (kerajaan yang elok) kerana kuaters sedia ada sekarang sudah lama (usang) terutamanya di kawasan pedalaman.


“Guru besar, pengetua dan guru seperti di kawasan sekolah pedalaman mereka tinggal di kuaters lama yang sudah usang ini.


“Sebab itu, kita memperuntukkan RM4 bilion di bawah RMK13 untuk kita membina kauters baharu jenis pangsapuri,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melawat Klinik Kesihatan Gedong, hari ini.


Jelas Abang Johari, pembinaan kuaters baharu itu kelak akan dibina secara pangsapuri yang turut dilengkapi pelbagai kemudahan seperti gim dan tempat rekreasi.


“Apabila kuaters kerajaan kita bagus, barulah mereka (penjawat awam) mahu datang ke Sarawak,” tambahnya.


Sehubungan itu, beliau berharap Kerajaan Persekutuan dapat berkongsi peruntukan bagi membina kuarters baharu yang lengkap dan selesa untuk pegawai perkhidmatan, termasuk pegawai kesihatan dan pendidikan, bagi mengatasi masalah kekurangan kemudahan perumahan yang sesuai.


“Jika doktor diberikan kuarters yang usang, sudah tentu mereka tidak berminat untuk datang berkhidmat dan inilah antara punca kita berdepan masalah kekurangan doktor.


“Sebab itu saya memaklumkan kepada Kerajaan Persekutuan supaya kita berkongsi peruntukan,” tambahnya.


Menurut beliau lagi, meskipun pegawai perkhidmatan menerima elaun perumahan, menjadi tanggungjawab kedua-dua pihak kerajaan untuk memastikan kemudahan perumahan yang disediakan mencukupi dan munasabah.


Beliau berkata, antara lokasi yang dikenal pasti bagi pembinaan kuarters baharu ialah Limbang, Mulu dan Jepak.


“Di Bintulu kadar sewa mencecah RM2,000 sebulan, jadi kita perlu menyediakan tempat tinggal untuk mereka (penjawat awam), barulah mereka boleh senyum berkhidmat.


“Jadi apa yang saya nak tekankan adalah kita perlu mempertingkatkan kuaters untuk penjawat awam ini tidak kira sama ada kuaters kerajaan persekutuan mahupun negeri, kita mesti bekerjasama untuk merealisasikannya,” ujarnya.


tamat

Tags:
  • Tempatan
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • Nenek dan cucu lelaki maut dalam kebakaran

    Februari 02, 2026
    Nenek dan cucu lelaki maut dalam kebakaran
  • Sarawak perkukuh kerjasama Borneo sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi baharu

    Februari 03, 2026
    Sarawak perkukuh kerjasama Borneo sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi baharu
  • Lelaki miliki 20 rekod jenayah, positif dadah, cuba larikan diri digagalkan

    Februari 01, 2026
    Lelaki miliki 20 rekod jenayah, positif dadah, cuba larikan diri digagalkan
  • RM1.2 bilion diperuntuk untuk Sarawak bagi laksana 6 projek bekalan air- TPM Fadillah

    Februari 04, 2026
    RM1.2 bilion diperuntuk untuk Sarawak bagi laksana 6 projek bekalan air- TPM Fadillah
  • Premier Sarawak bakal berkongsi pengalaman di pentas antarabangsa sempena IES 2026 di Jakarta, Indonesia

    Februari 02, 2026
    Premier Sarawak bakal berkongsi pengalaman di pentas antarabangsa sempena IES 2026 di Jakarta, Indonesia
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.