Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Nasional
  • Utama

Sarawak sedia bantu KKM tambah bas untuk klinik gigi bergerak

By Borneo Network
Januari 15, 2026


KUCHING— Kerajaan Sarawak sedia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menambah bas untuk klinik gigi bergerak bagi memperluaskan perkhidmatan kesihatan itu di negeri ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, menyediakan dana untuk perkara itu bukan satu masalah bagi Sarawak.

“Pusat kanser Sarawak yang memerlukan dana yang lebih daripada itu kita bantu sediakannya apatah lagi untuk bagi bagi klinik gigi bergerak ini. 

“Jadi Saya rasa ia bukan masalah,tergantung apa yang mereka (KKM) perlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis perasmian Pendigitalan Klinik Kesihatan Cloud-Based Clinic Management System (CCMS) di Dewan Datuk Patinggi Ali, Gedong, hari ini.

Abang Johari memberitahu, setakat ini terdapat lapan unit klinik gigi bergerak yang beroperasi di seluruh Sarawak.

Jelas beliau lagi, KKM boleh mempertimbangkan untuk meluaskan perkhidmatan kesihatan itu di kawasan pedalaman memandangkan banyak kawasan pedalaman di Sarawak sudah terhubung dengan kemudahan jalan raya dan jambatan.

“Kawasan pedalaman kita sekarang sudah terhubung dengan jalan dan jambatan, jadi sekarang kita boleh bekerjasama untuk meningkatkan jumlah unit di klinik gigi bergerak ini,” ujarnya.

Terdahulu, Abang Johari memberitahu, sebanyak RM10 juta diperuntukkan untuk memperkasakan perkhidmatan kesihatan.

Jelasnya, peruntukan itu digunakan untuk pendigitalan perkhidmatan kesihatan bagi mengurangkan birokrasi.

“Menerusi pendigitalan ini ia memudahkan ibu bapa atau pesakit untuk mendapatkan rawatan atau berjumpa doktor di klinik kerana ia mengambil masa kurang daripada 30 minit untuk keseluruhan proses itu.

“Dalam masa sama ini mengurangkan birokrasi.

“Selain itu, peruntukan ini juga digunakan untuk melaksanakan unit klinik gigi bergerak di Sarawak bagi memudahkan rakyat terutamanya di luar bandar mendapatkan perkhidmatan kesihatan pergigian,” katanya.

tamat
Tags:
  • Nasional
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • 30,000 juruteknik satelit diperlukan, I-CATS jalin kerjasama universiti antarabangsa latih anak Sarawak

    Januari 27, 2026
    30,000 juruteknik satelit diperlukan, I-CATS jalin kerjasama universiti antarabangsa latih anak Sarawak
  • RM120 juta disalur kepada rumah ibadat dan sekolah mission, penerima diingat patuhi syarat pelaporan- Uggah

    Januari 27, 2026
    RM120 juta disalur kepada rumah ibadat dan sekolah mission, penerima diingat patuhi syarat pelaporan- Uggah
  • Loji janakuasa 120MW dibina di Labuan, jamin bekalan elektrik lebih stabil- TPM Fadillah

    Januari 27, 2026
    Loji janakuasa 120MW dibina di Labuan, jamin bekalan elektrik lebih stabil- TPM Fadillah
  • Pemahaman MA63 Strategi Peroleh Sokongan Dewan Rakyat – Fadillah

    Januari 26, 2026
    Pemahaman MA63 Strategi Peroleh Sokongan Dewan Rakyat – Fadillah
  • JSJNS tangkap 13,198 suspek berkaitan dadah termasuk 644 tokan dadah, rampasan dadah lebih RM30 juta pada 2025

    Januari 23, 2026
    JSJNS tangkap 13,198 suspek berkaitan dadah termasuk 644 tokan dadah, rampasan dadah lebih RM30 juta pada 2025
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.