Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Tempatan
  • Utama

Sarawak ke arah metropolis kesihatan: Dr Sim

By Borneo Network
Januari 12, 2026

KUCHING— Sarawak kini ke arah menjadi sebuah negeri metropolis kesihatan pada masa hadapan apabila beberapa projek berkaitan bidang itu akan siap pada tahun ini.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, antara projek yang dijangka siap pada penghujung tahun ini adalah Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) di Samarahan.

Tambahnya, selain projek yang dijangka siap, projek pembinaan Pusat Kanser Sarawak juga bakal dibina di sini.

“Bersama Pusat Jantung Sarawak, SIDC, Pusat Kanser Sarawak yang bakal dibina serta Hospital Pengajar UNIMAS yang hampir siap, ia bukan sahaja akan menjadi hab perubatan dan penyelidikan, malah sebahagian daripada pembentukan Metropolis Kesihatan Sarawak pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut mengenai SIDC itu, ia merupakan yang pertama di Sarawak dengan makmal BSL 3+ di mana kurang daripada 10 buah di seluruh Malaysia.

Jelasnya, projek itu bernilai kira-kira RM200 juta dan dijangka siap menjelang akhir tahun ini.

Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak lalu, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, projek SIDC bakal menjadi pusat rujukan utama bagi penyelidikan penyakit berjangkit dan pengawalan wabak di Sarawak.

“SIDC akan menempatkan fasiliti makmal bertaraf antarabangsa yang membolehkan penyelidikan vaksin dan rawatan perubatan lebih tepat mengikut keperluan populasi tempatan.

“Dengan adanya pusat ini, Sarawak boleh meningkatkan kapasiti untuk pengesanan awal penyakit dan membangunkan vaksin tempatan. 

“Kerjasama dengan institusi antarabangsa akan memastikan penyelidik tempatan mendapat pendedahan kepada teknologi dan kaedah terkini,” katanya.

Tambah beliau, SIDC akan memacu pembangunan bakat dalam bioperubatan dan membuka peluang pekerjaan kepada graduan tempatan dalam bidang sains dan teknologi.

“Kami yakin ini akan memperkukuh sistem kesihatan Sarawak serta meningkatkan keupayaan negeri dalam menangani penyakit berjangkit.

“Pusat ini juga akan menjadi platform untuk kerjasama dengan syarikat bioteknologi tempatan dan antarabangsa dalam pembangunan ubat dan vaksin,” ujarnya.

SIDC merupakan salah satu projek utama dalam Rancangan Pembangunan Kesihatan Sarawak 2030, selaras dengan usaha negeri memacu inovasi dalam bidang sains hayat dan bioperubatan. 

Projek itu dijangka tidak hanya memberi manfaat kepada sistem kesihatan, tetapi juga menyokong pembangunan ekonomi hijau melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) bioperubatan di Sarawak.

tamat
Tags:
  • Tempatan
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • Nenek dan cucu lelaki maut dalam kebakaran

    Februari 02, 2026
    Nenek dan cucu lelaki maut dalam kebakaran
  • Sarawak perkukuh kerjasama Borneo sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi baharu

    Februari 03, 2026
    Sarawak perkukuh kerjasama Borneo sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi baharu
  • Lelaki miliki 20 rekod jenayah, positif dadah, cuba larikan diri digagalkan

    Februari 01, 2026
    Lelaki miliki 20 rekod jenayah, positif dadah, cuba larikan diri digagalkan
  • RM1.2 bilion diperuntuk untuk Sarawak bagi laksana 6 projek bekalan air- TPM Fadillah

    Februari 04, 2026
    RM1.2 bilion diperuntuk untuk Sarawak bagi laksana 6 projek bekalan air- TPM Fadillah
  • Premier Sarawak bakal berkongsi pengalaman di pentas antarabangsa sempena IES 2026 di Jakarta, Indonesia

    Februari 02, 2026
    Premier Sarawak bakal berkongsi pengalaman di pentas antarabangsa sempena IES 2026 di Jakarta, Indonesia
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.