Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Nasional
  • Tempatan

Plat motosikal sebesar "lidi", pemilik berdepan denda sehingga RM10,000

By Borneo Network
Disember 28, 2025


KUCHING-- Pemilik motosikal yang suka mengubahsuai nombor pendaftaran sebesar "batang lidi" berdepan hukuman denda sehingga RM10,000, kata Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan.

Beliau menegaskan, penggunaan nombor pendaftaran itu semakin menjadi trend penunggang motosikal terutama dalam golongan belia.

"Perbuatan ini termasuk kesalahan nombor pendaftaran fancy yang boleh dikenakan tindakan lebih keras di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Malah, pemilik kenderaan yang menggunakan nombor 'fancy' ekstrem ini akan disaman di bawah seksyen ini kerana mempamerkan nombor pendaftaran yang mengelirukan.

"Hukuman minimum RM5,000 dan boleh mencecah RM10,000. Kita dapati sejak akhir-akhir ini banyak motosikal dan kereta menggunakan nombor ekstrem hingga mengelirukan agensi penguat kuasa lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Op Pelbagai JPJ di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Ahad.

Tambah beliau, pihaknya telah mengambil tindakan berkenaan kes seumpama ini selain mendapatkan pandangan Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Dalam kes berlainan, Muhammad Kifli berkata, sebanyak 4,762,238 notis saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bernilai RM1.42 bilion masih belum dilunaskan ketika tempoh diskaun 50 peratus saman bakal berakhir pada 30 Disember ini.

Katanya, statistik setakat 27 Disember merekodkan 702,606 saman bernilai RM93.5 juta yang telah dibayar.

Menurutnya, JPJ mengalu-alukan dan menggalakkan pengguna jalan raya yang masih memiliki saman tertunggak untuk mengambil peluang membayar saman dengan diskaun sehingga 50 peratus.

"Seperti yang disarankan Menteri Pengangkutan, mulai 1 Januari tahun depan, semua saman yang tidak dijelaskan akan disenarai hitam," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu pihaknya telah menyita sebanyak 915 kenderaan mewah termasuk Aston Martin, Ferrari dan Rolls Royce, sejak pelaksanaan Op Luxury di seluruh negara bermula 1 Julai lalu.

Katanya, walaupun berlaku peningkatan pembayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM) dalam kalangan pemilik kenderaan mewah, namun masih ramai yang gagal melunaskan cukai jalan masing-masing.

Dedah beliau, antara alasan yang sering dikemukakan pemilik kenderaan terbabit adalah terlupa dan menghadapi masalah kewangan.

"Sehingga semalam (Sabtu), sebanyak 915 kenderaan mewah telah disita.

"Pemilik kenderaan mewah, sila perbaharui LKM segera kerana mereka dalam radar kami. 

"Bila-bila masa kenderaan ini berada di jalan raya kita akan tahan dan sita," ujarnya.

Muhammad Kifli menegaskan, isu kegagalan memperbaharui cukai jalan tidak sepatutnya timbul.

tamat
Tags:
  • Nasional
  • Tempatan
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • Edar lebih 700 gram syabu, bapa dua anak kena penjara seumur hidup, 12 sebatan

    Mac 13, 2026
    Edar lebih 700 gram syabu, bapa dua anak kena penjara seumur hidup, 12 sebatan
  • Dayak, Cina boleh bentuk kerajaan stabil bersama di Sarawak dengan formula 35+16- Presiden PBDS

    Februari 26, 2026
    Dayak, Cina boleh bentuk kerajaan stabil bersama di Sarawak dengan formula 35+16- Presiden PBDS
  • Insiden tayar kereta hilang di parkir stadium cetus kebimbangan penyokong bola sepak

    Mac 08, 2026
    Insiden tayar kereta hilang di parkir stadium cetus kebimbangan penyokong bola sepak
  • Pemandu positif dadah rempuh enam kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sibu

    Mac 13, 2026
    Pemandu positif dadah rempuh enam kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sibu
  • Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah

    Mac 08, 2026
    Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.