Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Nasional
  • Utama

PETRA catat pencapaian signifikan perkukuh sektor air, tenaga negara

By Borneo Network
Disember 29, 2025


KUCHING-- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di bawah kepimpinan Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof mencatatkan pencapaian signifikan dalam memperkukuh sektor air dan tenaga bagi tempoh 2024 dan 2025.

Beliau memberitahu pencapaian memberangsangkan itu dicapai melalui kerjasama strategik pelbagai agensi berkaitan dan semua pihak yang terlibat. 

"Kerajaan MADANI melalui PETRA telah mencatatkan pencapaian signifikan dalam memperkukuh sektor air dan tenaga bagi tempoh 2024 dan 2025.

"Pencapaian ini bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan rakyat, malah menyokong agenda kemampanan, keselamatan infrastruktur serta peralihan kepada ekonomi hijau," katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Fadillah menjelaskan, dalam sektor air, kejayaan utama dicapai hasil penglibatan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Indah Water Konsortium (IWK), Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Bekalan Air (JBA), Institut Penyelidikan Air Kebangsaan (NAHRIM) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). 

"SPAN melalui pelaksanaan Skim Pelabelan Kecekapan Produk Air (WEPLS) berjaya menjimatkan sehingga 85 peratus penggunaan air serta menggalakkan gaya hidup mampan," katanya.

Tambahnya IWK pula merekodkan lebih 7,000 Loji Rawatan Kumbahan dengan kadar pematuhan efluen melebihi 97 peratus, di samping pelaksanaan Program Lemak, Minyak dan Gris (FOG) yang mengurangkan gangguan kumbahan, penggunaan tenaga solar di Loji Rawatan Kumbahan (LRK) yang menjimatkan kos tenaga sehingga 15 peratus, serta penghasilan biopepejal untuk kegunaan pertanian dan landskap.

JPP pula katanya, mencatatkan dua juta jam kerja tanpa kehilangan masa kecederaan (LTI), memenangi Anugerah Inovasi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) – INNOZILLA melalui projek Multi-Pond Constructed Wetland System (MPCWS), serta mencipta dua rekod Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi Projek Papan.

"JPS pula melaksanakan 149 projek tebatan banjir yang melindungi seramai 1.77 juta penduduk, membangunkan 1,308 kilometer Denai Sungai Kebangsaan dan menjalankan pemuliharaan sungai sepanjang 2,663 kilometer. 

"Di Sabah dan Labuan, JBA melaksanakan sembilan projek kritikal yang berjaya meningkatkan tekanan air serta mengurangkan gangguan bekalan," katanya.

Menurutnya lagi, PAAB pula memainkan peranan penting melalui pembangunan 21 Loji Rawatan Air dengan kapasiti 2,081 juta liter sehari (JLH), pemasangan 4,783 kilometer paip baharu dan kritikal, pembinaan 45 tangki air berkapasiti 758 juta liter, serta penyiapan Projek Langat 2 Fasa 1 berkapasiti 1,130 JLH dengan kos RM4.2 bilion. 

"Penggunaan teknologi inovatif oleh PAAB turut menghasilkan tiga Rekod MBOR.

"NAHRIM pula menyumbang melalui kajian berkaitan bahan pencemar baharu dan mikroplastik, serta pembangunan sistem GEO-PROTECT V2 bagi ramalan banjir masa nyata.

"Pencapaian ini diperkukuh oleh inisiatif strategik air, termasuk pelaksanaan AIR2040 yang menumpukan pengurusan lembangan dan data berpusat, pindaan Akta 654 dan Akta 655, pelaksanaan Program Pembiayaan Vendor bernilai RM100 juta dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), serta Program Pembangunan Vendor yang melibatkan 52 organisasi," ujarnya.

Selain itu, Fadillah berkata, inovasi sektor air turut dipacu melalui MPCWS, GEO-PROTECT V2, sistem pengangkutan paip, tenaga solar LRK dan pelbagai inisiatif JPS.

"Prestasi sektor air diukur melalui petunjuk prestasi utama (KPI) seperti kapasiti sistem air, pematuhan piawaian efluen, pengurangan aduan pengguna, serta kajian saintifik dan program seperti WEPLS. 

"Kejayaan ini diiktiraf menerusi pelbagai anugerah termasuk MBOR, Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2025, penarafan INFRASTAR Empat Bintang serta pengiktirafan kepimpinan serantau dalam penyelidikan air oleh NAHRIM," jelasnya.

Bagi sektor tenaga, beliau memberitahu, pencapaian utama melibatkan Suruhanjaya Tenaga (ST), Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) dan MyPOWER. 

"MyPOWER berjaya menyiapkan 10 inisiatif di bawah Pelan Hala Tuju Pembaharuan Pasaran Elektrik Malaysia (FP MESI) serta melaksanakan Pelan Hala Tuju Sumber Tenaga Teragih (DER) dan Pelan Sistem Bersepadu (ISP)," katanya.

Beliau menjelaskan, SEDA merekodkan kapasiti tenaga boleh baharu sebanyak 3,409.64 megawatt dan penjimatan tenaga berjumlah 359.81 gigawatt-jam. 

"Suruhanjaya Tenaga (ST) pula melaksanakan Program Solar Skala Besar 5+ (Large Scale Solar – LSS5+) dengan kapasiti 1,975 megawatt arus ulang-alik, memacu pembangunan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) di peringkat nasional, serta berjaya mengeksport 50 megawatt elektrik hijau ke Singapura.

"Pelaksanaan inisiatif strategik tenaga seperti Tempoh Kawal Selia Keempat (RP4), Mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Purata (AFA), pelaksanaan DER, Pemeteran Tenaga Bersih (Net Energy Metering – NEM), Tarif Galakan (Feed-in Tariff – FiT), Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP) dan Program Peralihan Tenaga Solar Yang Diperkukuhkan (ATAP) telah meningkatkan kecekapan sistem tenaga negara," tegasnya.

Justeru, beliau memberitahu prestasi sektor ini ditunjukkan melalui penurunan Indeks Purata Tempoh Gangguan Sistem (System Average Interruption Duration Index – SAIDI) kepada 37.36 minit, serta peningkatan kapasiti tenaga boleh baharu dan kecekapan tenaga. 

"Inovasi tenaga terus diperkasakan melalui Sistem Penilaian Bangunan Hijau (GreenPASS), Bangunan Tenaga Sifar (Zero Energy Building – ZEB), sistem MyEnergyStats, Makmal Kawal Selia Tenaga (Sandbox Tenaga) dan BESS.

"Kejayaan ini turut diiktiraf melalui Anugerah ISES 2024 yang diterima oleh SEDA serta pengiktirafan eksport tenaga hijau pertama Malaysia oleh ST," katanya.

Di peringkat serantau pula, Fadillah berkata, Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-43 mencatatkan pencapaian bersejarah melalui pelancaran Pelan Tindakan ASEAN bagi Kerjasama Tenaga 2026–2035 (APAEC) bagi fasa pertama (2026–2030), pemeteraian Memorandum Persefahaman Dipertingkat Grid Tenaga ASEAN, pemeteraian Perjanjian Keselamatan Petroleum ASEAN (Perjanjian Pengganti), serta pelancaran Inisiatif Pembiayaan Grid Tenaga ASEAN.

"Secara keseluruhannya, pencapaian PETRA mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh keselamatan air dan tenaga negara, membangunkan infrastruktur yang lebih selamat dan mampan, serta memacu transformasi sektor melalui AIR2040 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). 

"Usaha ini secara langsung menyokong agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta sasaran Pelepasan Karbon Sifar Bersih 2050 demi kesejahteraan negara dan generasi akan datang," ujarnya.

tamat
Tags:
  • Nasional
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • 30,000 juruteknik satelit diperlukan, I-CATS jalin kerjasama universiti antarabangsa latih anak Sarawak

    Januari 27, 2026
    30,000 juruteknik satelit diperlukan, I-CATS jalin kerjasama universiti antarabangsa latih anak Sarawak
  • RM120 juta disalur kepada rumah ibadat dan sekolah mission, penerima diingat patuhi syarat pelaporan- Uggah

    Januari 27, 2026
    RM120 juta disalur kepada rumah ibadat dan sekolah mission, penerima diingat patuhi syarat pelaporan- Uggah
  • Loji janakuasa 120MW dibina di Labuan, jamin bekalan elektrik lebih stabil- TPM Fadillah

    Januari 27, 2026
    Loji janakuasa 120MW dibina di Labuan, jamin bekalan elektrik lebih stabil- TPM Fadillah
  • Pemahaman MA63 Strategi Peroleh Sokongan Dewan Rakyat – Fadillah

    Januari 26, 2026
    Pemahaman MA63 Strategi Peroleh Sokongan Dewan Rakyat – Fadillah
  • TPM Fadillah lancar Pelan Strategik PETRA 2026-2030, dokumen utama hala tuju kementeriannya

    Januari 29, 2026
    TPM Fadillah lancar Pelan Strategik PETRA 2026-2030, dokumen utama hala tuju kementeriannya
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.