Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Nasional
  • Utama

Pemangku Sultan Johor titahkan Kerajaan Johor jadikan Sarawak sebagai contoh

By Borneo Network
Disember 26, 2025

KUCHING— Johor mahu mencontohi Sarawak dalam memastikan negeri itu dapat mencapai status negeri maju menjelang 2030.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, saranan itu juga sering disuarakan Pemangku Sultan Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang menitahkan Kerajaan Johor menjadikan Sarawak sebagai contoh terbaik dalam pelaksanaan kaedah gerak kerja dan visi negeri.

“Saya nak ambil kesempatan untuk berkongsi kepada semua yang hadir bahawa negeri Johor mempunyai cita-cita yang besar, kita nak jadi sebuah negeri yang maju menjelang tahun 2030. 

“Ini adalah visi yang besar dan untuk menjadi sebuah negeri maju menjelang 2030, kita selalu diingatkan oleh pemangku Sultan Johor (untuk) tengok apa Sarawak buat. 

“Ini bukan nak ampu Dato Sri Alexander yang berasal daripada Sarawak, tetapi dari segi kaedah gerak kerja, dari segi macam mana Sarawak melaksanakan visinya, ia sesuatu yang memberi inspirasi kepada kita di Johor ini juga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hari Profesion Teknologi Negara 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, baru-baru ini.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan tetamu kehormat lain.

Tambah Onn Hafiz, jika Johor dibandingkan dengan Singapura, yang terletak hanya 700 meter dari negeri itu, kemajuan yang dicapai amatlah berbeza.

“Sebab itu, suka atau tidak suka, negeri Johor ini dibandingkan dengan jiran kami yang hanya 700 meter daripada sini (sangat berbeza).

“Jadi kita nak pastikan tahun depan apabila zon khas ekonomi dilaksanakan secara agresif selepas pelan induk siap tahun depan kita dapat melaksanakan segala gerak kerja kita dengan baik.

“Oleh itu, kita mengaluh-alukan semua golongan professional yang hadir untuk sama-sama kita bangunkan negeri Johor,” tegasnya.

Menurutnya lagi, jika Johor berjaya menjadi sebuah negeri maju, maka hasilnya dapat dipulangkan semula kepada rakyat dan juga negara.

“Kita jemput semua kerana bila Johor maju, hasilnya akan juga dipulangkan di peringkat persekutuan insya-Allah. Sebab itu slogan kita di negeri Johor ialah Maju,” ujarnya.

tamat
Tags:
  • Nasional
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • RM1.2 bilion diperuntuk untuk Sarawak bagi laksana 6 projek bekalan air- TPM Fadillah

    Februari 04, 2026
    RM1.2 bilion diperuntuk untuk Sarawak bagi laksana 6 projek bekalan air- TPM Fadillah
  • Hisap rokok, vape di tempat orang ramai, pihak berkuasa dan KKM digesa pantau

    Mac 08, 2026
    Hisap rokok, vape di tempat orang ramai, pihak berkuasa dan KKM digesa pantau
  • Edar lebih 700 gram syabu, bapa dua anak kena penjara seumur hidup, 12 sebatan

    Mac 13, 2026
    Edar lebih 700 gram syabu, bapa dua anak kena penjara seumur hidup, 12 sebatan
  • PBDS beri bayangan bersedia kerjasama dengan DAP, hadapi PRN Sarawak

    Februari 19, 2026
    PBDS beri bayangan bersedia kerjasama dengan DAP, hadapi PRN Sarawak
  • Insiden tayar kereta hilang di parkir stadium cetus kebimbangan penyokong bola sepak

    Mac 08, 2026
    Insiden tayar kereta hilang di parkir stadium cetus kebimbangan penyokong bola sepak
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.