Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Nasional
  • Utama

Pelaksanaan sebenar setiap persetujuan di bawah MA63 jadi keutamaan- TPM Fadillah

By Borneo Network
Disember 17, 2025



KUCHING— Tumpuan kepada pelaksanaan sebenar setiap persetujuan yang dicapai antara Kerajaan Persekutuan serta Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merupakan keutamaan pada masa ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof.

Sehubungan itu, beliau menegaskan Kerajaan Persekutuan sangat komited untuk memastikan pelaksanaan MA63 dilaksanakan secara berkesan selaras dengan perkara-perkara yang telah dipersetujui.

“Keutamaan kerajaan pada masa ini bukan sekadar kepada peruntukan tetapi juga memberi tumpuan kepada pelaksanaan sebenar setiap persetujuan yang telah dicapai di bawah MA63,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi forum sempena Persidangan Bajet Sarawak 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Fadillah memberi contoh peruntukan RM6 bilion telah diumumkan setiap tahun namun hanya 80 ke 90 peratus sahaja dibelanjakan sehingga hujung tahun.

"Sebab itu, salah satu perkara yang telah kita persetujui di bawah MA63 ialah melalui jawatankuasa teknikal seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), agensi air dan sebagainya.

"Sebarang peruntukan berjumlah RM50 juta akan diserahkan kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak untuk dilaksanakan namun sentiasa ada cabaran sama ada mereka mempunyai keupayaan untuk melaksanakannya.

"Jadi, inilah bidang-bidang yang sedang kita teliti dari segi pelaksanaan yang berkesan dan cekap," jelasnya.

Untuk itu, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, kerajaan telah mewujudkan satu pasukan petugas, bukan sahaja untuk memantau tetapi juga bagi memastikan apa sahaja yang telah diluluskan mesti dilaksanakan dengan betul berdasarkan peruntukan belanjawan bagi tahun berkenaan.

“Antara cabaran lain yang kini memerlukan perhatian adalah penafsiran undang-undang memandangkan terdapat perbezaan pandangan daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sama ada Sarawak atau Sabah,” tambahnya.

Menurutnya lagi, perkara ini bukannya mudah kerana mengambil masa yang panjang untuk ditafsirkan sama ada dari sudut perlembagaan dan undang-undang di peringkat persekutan serta undang-undang di peringkat negeri.

"Inilah perkara-perkara yang sedang kita perhalusi dan diharapkan dapat diselesaikan kerana tidak banyak isu tertunggak pada masa ini namun ia masih perlu diselesaikan," jelasnya.

Sementara itu, ketika ditemui media selepas forum tersebut, Fadillah memberitahu, mesyuarat berkenaan MA63 akan diadakan tahun depan.

Bagaimanapun, katanya ia masih menunggu pembentukan Kabinet baharu Kerajaan MADANI yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

“Tunggu dulu, tunggu tahun depan kerana saya belum tahu rombakan Kabinet Persekutuan,” jelasnya.

tamat
Tags:
  • Nasional
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • Edar lebih 700 gram syabu, bapa dua anak kena penjara seumur hidup, 12 sebatan

    Mac 13, 2026
    Edar lebih 700 gram syabu, bapa dua anak kena penjara seumur hidup, 12 sebatan
  • Dayak, Cina boleh bentuk kerajaan stabil bersama di Sarawak dengan formula 35+16- Presiden PBDS

    Februari 26, 2026
    Dayak, Cina boleh bentuk kerajaan stabil bersama di Sarawak dengan formula 35+16- Presiden PBDS
  • Insiden tayar kereta hilang di parkir stadium cetus kebimbangan penyokong bola sepak

    Mac 08, 2026
    Insiden tayar kereta hilang di parkir stadium cetus kebimbangan penyokong bola sepak
  • Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah

    Mac 08, 2026
    Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah
  • Hanya satu projek tebatan banjir Sarawak capai tujuan sepenuhnya

    Mac 13, 2026
    Hanya satu projek tebatan banjir Sarawak capai tujuan sepenuhnya
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.