Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Ekonomi
  • Nasional
  • Utama

Kerajaan Sarawak giat bina jambatan, 27 telah ditender, 5 sedang dilaksana: Uggah

By Borneo Network
Disember 15, 2025

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

KUCHING— Sebanyak 27 jambatan telah ditender dan lima lagi sedang dalam pembinaan di bahagian Kuching, Serian, Kapit, Miri, Sibu dan Sarikei kata, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu II dan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak berkata, projek jambatan itu dibina di bawah Program Transformasi Jambatan Luar Bandar (PTJLB) yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

Tegasnya, ini akan menjadi pemangkin utama dalam memperkukuh jaringan infrastruktur di luar bandar. 

"Program Transformasi Jambatan Luar Bandar ini mencerminkan komitmen berterusan JKR Sarawak dalam memperkukuh pembangunan luar bandar melalui peningkatan keselamatan, kebolehcapaian dan kualiti infrastruktur. 

“Usaha menaik taraf serta menggantikan jambatan uzur ini penting bagi memastikan rakyat luar bandar menikmati kemudahan pengangkutan yang selamat, moden dan mampan,” katanya dipetik menerusi kenyataan di Facebook Sarawak First.

Mengulas lanjut, Uggah memberitahu, 27 jambatan itu merangkumi tiga di Kuching iaitu Jambatan Sungai Serayan Keranji, Jambatan Sungai Pueh dan Jambatan Sungai Anggong; tiga di Serian iaitu Jambatan Gantung Kampung Sorak Melayu, Jambatan Gantung Kampung Tebakang Melayu dan Jambatan Gantung Kampung Mawang Tahup.

Selain itu, katanya lima jambatan di Kapit iaitu Jambatan Gantung Sungai Suhu Kampung Temong Mura, Jambatan Ulu Sungai Sempurau, Jambatan SK Ng Metah, Jambatan Sungai Lenyan No1 dan Jambatan Sungai Lenyan No2.

Sementara itu, di Miri melibatkan 15 jambatan iaitu Jambatan Sungai Sungai Merawa, Jambatan Sungai Balong, Jambatan 1 Lh Banga-Bario, Jambatan Sungai Lawan, Jambatan Sungai Nakan, Jambatan Kluang Besar, Jambatan Sungai Lamah, Jambatan Sungai Medan, Jambatan Sungai Belengan, Jambatan Sungai Tijok, Jambatan Sungai Suan, Jambatan Sungai Buang, Jambatan Sungai San, Jambatan Sungai Sembob dan Jambatan Sungai Lasong.

Manakala di Sibu pula katanya melibatkan sebuah jambatan iaitu Jambatan Sungai Menuan Rh Enyang ak Kana, Ulu Poi Kanowit.

Mengenai jambatan yang telah mula dilaksanakan pula Uggah berkata, ia melibatkan Jambatan Sungai Kemalih (Rh Ngelantar), Sungai Kemalih (Rh Sang) dan Sungai Kakup (Rh Suntik) di Sarikei; Jambatan Sungai Mudah (Jambatan Hariwood) di Kapit dan Jambatan Long San di Miri.

Beliau menjelaskan, inisiatif PTJLB ini turut diselaraskan dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang menekankan pembangunan mampan dan inklusif, khususnya di kawasan pedalaman Sarawak. 

Tegasnya, program itu turut dilihat sebagai usaha menyeluruh dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk luar bandar menerusi kemudahan asas yang lebih moden dan berdaya tahan.

Selain menambah baik kesalinghubungan antara penempatan, katanya, PTJLB juga membantu mempercepatkan pergerakan barangan dan hasil pertanian ke pusat bandar, sekali gus membuka peluang baharu dalam sektor ekonomi desa. 

“Justeru, kerajaan negeri akan terus memperkukuh kerjasama dengan agensi pelaksana bagi memastikan setiap projek disiapkan mengikut jadual serta menepati standard keselamatan yang ditetapkan.

“Pelaksanaan berterusan PTJLB ini menandakan komitmen berpanjangan kerajaan negeri dalam membina Sarawak yang lebih seimbang dan inklusif, di mana pembangunan fizikal menjadi teras kepada kemakmuran rakyat luar bandar,” ujarnya.

Sementara itu, masyarakat terutamanya pengguna media sosial Facebook meluahkan pelbagai reaksi berhubung projek pembinaan jambatan tersebut.

Ada yang menyambut baik berhubung pengumuman pembinaan jambatan itu dan pada masa sama ada juga yang menidakkan usaha yang dilakukan Kerajaan Sarawak itu dan menyifatkan ia hanya “wayang” pilihan raya.

Selain itu, ada juga mendakwa projek itu akan menguntungkan ‘tauke’ pengangkutan kerana beranggapan rakyat di kawasan berkenaan hanya melalui jalan tersebut setahun sekali ketika musim perayaan.

Antara maklum balas pengguna Facebook berhubung perkara itu:

“Tauke transport yg untung. Kami mana ada untung. Melalui jalan yg di buat kita og cuma setahun sekali itu pun musim perayaan. Yg kami mahukan jalan di kawasan Iban yg belum dapat berhubung. Untuk mereka bekebun,berladang menambahkan pendapatan. Banyak kawasan iban dipinggirkan atas' dasar politik. Kami minta senarai 27 jambatan yg di tender. Betul ka tidak?. Bila bercakap mesti ada bukti.Jangan macam janji buat arpot dekat Betong, sampai sekarang belum nampak,” kata Donny Sating.


“Sudah dekat nak pilihan raya, mulalah gps berkempin supaya rakyat menyokong gps semula lagi, sbb sekarang no money no talk,” Edmund Belili.

“Pengawa ti manah, laban ninga k suara rakyat. Area kmi d Rembai Skrang, minta meh jambatan Datuk,

laban nya paling dguna rakyat d kawasan Skrang hili. laban ai skrang paling mayuh baya, kmi takut ngelayang sungai, nurun k kebun, ngagai kubur. laban kmi srumh udah d tangkap baya tahun 2009 .

nya meh ngujong k kmi lalu takut ngereja pngawa ngelayang sungai skrang.

Harap Datuk Douglas, ,serta team Kerajaan GPS dan Pengarah JKR Sarawak, serta JKR kawasan,

mempertimbangkan permohonan kami rakyat yang memerlukan jambatan,” Christina Nyambong

“Kami di Sungai Rasau Batang Igan sampai saritu lalu nadai jalai alun beri perintah.Nyangka sigi enda di kibuh ka perintah GPS kini.? Ngelamatu tepaksa minta pengasih ari sida kompeni ladang sawit nengah jalai lucak bebatu,lebih 2 jam pejalai ari Sungai Rasau ke Sibu..Diatu Sarawak udah maioh duit tang kami di Singai Rasau agi ngetup tunjuk,” Saoh Marong.


Tags:
  • Ekonomi
  • Nasional
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • 30,000 juruteknik satelit diperlukan, I-CATS jalin kerjasama universiti antarabangsa latih anak Sarawak

    Januari 27, 2026
    30,000 juruteknik satelit diperlukan, I-CATS jalin kerjasama universiti antarabangsa latih anak Sarawak
  • RM120 juta disalur kepada rumah ibadat dan sekolah mission, penerima diingat patuhi syarat pelaporan- Uggah

    Januari 27, 2026
    RM120 juta disalur kepada rumah ibadat dan sekolah mission, penerima diingat patuhi syarat pelaporan- Uggah
  • Loji janakuasa 120MW dibina di Labuan, jamin bekalan elektrik lebih stabil- TPM Fadillah

    Januari 27, 2026
    Loji janakuasa 120MW dibina di Labuan, jamin bekalan elektrik lebih stabil- TPM Fadillah
  • Pemahaman MA63 Strategi Peroleh Sokongan Dewan Rakyat – Fadillah

    Januari 26, 2026
    Pemahaman MA63 Strategi Peroleh Sokongan Dewan Rakyat – Fadillah
  • TPM Fadillah lancar Pelan Strategik PETRA 2026-2030, dokumen utama hala tuju kementeriannya

    Januari 29, 2026
    TPM Fadillah lancar Pelan Strategik PETRA 2026-2030, dokumen utama hala tuju kementeriannya
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.