Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Jenayah
  • Utama

Cuba seludup syabu RM800,000 gagal, lelaki diberkas di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Miri

By Borneo Network
Disember 20, 2025

MIRI— Cubaan seorang lelaki tempatan menyeludup dadah jenis syabu dan cecair vape yang disyaki mengandungi bahan terlarang bernilai lebih RM800,000 melalui jalan udara berjaya digagalkan setelah dia diberkas di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Miri, baru-baru ini.

Pengarah Kastam Sarawak Datuk Norizan Yahya berkata, suspek ditahan sekitar jam 8.07 malam pada 6 Disember lalu, hasil pemeriksaan rutin bagasi penumpang yang dijalankan pegawai Cawangan Penguatkuasaan JKDM Stesen Miri.

“Hasil pemeriksaan lanjut yang disaksikan oleh suspek sendiri menemukan 24 bungkusan produk teh berisi ketulan kristal yang disyaki dadah jenis syabu (methamphetamine), selain 220 unit kartrij cecair vape yang turut dipercayai mengandungi dadah sama.

“Jumlah keseluruhan rampasan melibatkan 24,394 gram syabu bernilai RM780,608 dan 220 unit kartrij cecair vape bernilai RM82,500, menjadikan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM863,108,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tegasnya, berikutan itu suspek ditangkap dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Siasatan awal katanya, mendapati suspek dipercayai menyembunyikan dadah berkenaan di dalam bungkusan produk teh yang diletakkan di dalam bagasi penumpang bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Berikutan tangkapan itu, jelasnya, suspek direman bagi membantu siasatan lanjut.

“Justeru, orang ramai turut digesa supaya menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan termasuk dadah, rokok, minuman keras dan barangan terlarang lain bagi membantu pihak berkuasa mengambil tindakan segera,” katanya.

tamat
Tags:
  • Jenayah
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • Pekebun kecil Uma Badeng tuntut tanah kebun adat dikeluarkan daripada kawasan pajakan syarikat

    Mac 06, 2026
    Pekebun kecil Uma Badeng tuntut tanah kebun adat dikeluarkan daripada kawasan pajakan syarikat
  • Insiden tayar kereta hilang di parkir stadium cetus kebimbangan penyokong bola sepak

    Mac 08, 2026
    Insiden tayar kereta hilang di parkir stadium cetus kebimbangan penyokong bola sepak
  • Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah

    Mac 08, 2026
    Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah
  • Naik taraf bekas jalan balak di Miri dahului jadual, dijangka siap 2027

    Mac 10, 2026
    Naik taraf bekas jalan balak di Miri dahului jadual, dijangka siap 2027
  • Hisap rokok, vape di tempat orang ramai, pihak berkuasa dan KKM digesa pantau

    Mac 08, 2026
    Hisap rokok, vape di tempat orang ramai, pihak berkuasa dan KKM digesa pantau
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.