Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Ekonomi
  • Utama

Cadangan bangun perkhidmatan rel logistik dari Pelaburan Bintulu ke Kalimantan dilulus dalam RMK-13 – TPM Fadillah

By Borneo Network
Disember 17, 2025


KUCHING—Sektor perkhidmatan logistik di Pelaburan Bintulu bakal mengalami transformasi apabila kerajaan telah meluluskan cadangan untuk membangunkan perkhidmatan rel logistik dari pelabuhan itu ke Kalimantan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, untuk itu Kementerian Pengangkutan mengambil alih inisiatif tersebut dan kajian mengenainya sedang dijalankan.

“Lokasi (untuk membina rel ini) telah diluluskan dan sekarang kajian sedang berjalan. Jadi ia hanya menunggu masa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Forum Persidangan Bajet Sarawak 2026, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Dalam pada itu Fadillah memberitahu, dengan transformasi itu kelak dapat mengoptimumkan pengoperasian logistik dari Kalimantan ke Pelabuhan Bintulu.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menjelaskan perkhidmatan itu adalah antara potensi besar yang boleh diteroka dengan lebih mendalam oleh Kerajaan Persekutuan dan Sarawak.

“Saya berharap jika perancangan ini dapat direalisasikan, Pelabuhan Bintulu akan menjadi sebuah pelabuhan yang mampu memasarkan semua produk dari seluruh negeri sempadan,” tambahnya lagi.

Pada forum itu juga, Fadillah berkata, kerajaan memberikan keutamaan khusus kepada nilai daya tahan jangka panjang dan daya saing ekonomi dalam penstrukturan Belanjawan 2026.

Menurutnya, usaha itu adalah sebagai peralihan daripada fasa pemulihan susulan pasca COVID-19 dan pelbagai krisis global termasuk inflasi, yang memberi kesan ketara kepada ekonomi rantau.

“Belanjawan 2026 bukan hanya pelan kewangan tahunan tetapi menjadi isyarat untuk Malaysia bangkit semula.

“Bagaimana ingin mencapai matlamat ini? 

“Pertamanya, disiplin bukan sahaja dalam belanjawan tetapi juga perbelanjaan, keduanya, dengan menilai semula pemberian subsidi,” jelasnya.

Katanya lagi, kerajaan perlu meningkatkan aliran ekonomi serta mengangkat siling dan lantai bagi menyokong perspektif kewangan rakyat.

Pada masa sama beliau memberitahu, Belanjawan 2026 juga menyentuh dan mengambil kira beberapa industri baharu yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Jelas beliau antaranya sektor semikonduktor, kecerdasan buatan (AI) hidrogen dan tenaga boleh baharu.

“Sarawak adalah salah satu contoh yang baik yang akan menjadi hab hidrogen. Mereka fokus dengan tenaga hijau, tenaga boleh diperbaharui dan juga ekonomi digital...Ini adalah perkara yang kita teliti,” katanya.

tamat
Tags:
  • Ekonomi
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • 30,000 juruteknik satelit diperlukan, I-CATS jalin kerjasama universiti antarabangsa latih anak Sarawak

    Januari 27, 2026
    30,000 juruteknik satelit diperlukan, I-CATS jalin kerjasama universiti antarabangsa latih anak Sarawak
  • RM120 juta disalur kepada rumah ibadat dan sekolah mission, penerima diingat patuhi syarat pelaporan- Uggah

    Januari 27, 2026
    RM120 juta disalur kepada rumah ibadat dan sekolah mission, penerima diingat patuhi syarat pelaporan- Uggah
  • Loji janakuasa 120MW dibina di Labuan, jamin bekalan elektrik lebih stabil- TPM Fadillah

    Januari 27, 2026
    Loji janakuasa 120MW dibina di Labuan, jamin bekalan elektrik lebih stabil- TPM Fadillah
  • Pemahaman MA63 Strategi Peroleh Sokongan Dewan Rakyat – Fadillah

    Januari 26, 2026
    Pemahaman MA63 Strategi Peroleh Sokongan Dewan Rakyat – Fadillah
  • TPM Fadillah lancar Pelan Strategik PETRA 2026-2030, dokumen utama hala tuju kementeriannya

    Januari 29, 2026
    TPM Fadillah lancar Pelan Strategik PETRA 2026-2030, dokumen utama hala tuju kementeriannya
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.