Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Tempatan
  • Utama

Acara berskala besar di Sarawak perlu patuhi sensitiviti budaya – Abdul Karim

By Borneo Network
Disember 29, 2025


KUCHING: Penganjuran acara berskala besar di Sarawak perlu dilaksanakan dengan mengambil kira sensitiviti masyarakat serta mematuhi nilai dan budaya tempatan, tegas Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurut beliau, sebarang bentuk hiburan dan sambutan awam dibenarkan selagi pengisiannya tidak bercanggah dengan norma sosial atau mencetuskan polemik dalam kalangan orang ramai.

Beliau berkata, penganjur perlu memainkan peranan utama dalam memastikan kandungan program dinilai secara menyeluruh sebelum pelaksanaan, manakala agensi yang meluluskan permit turut bertanggungjawab meneliti kesesuaian sesuatu acara.

“Penilaian awal terhadap pengisian program amat penting supaya tiada elemen yang melanggar sensitiviti masyarakat atau menyimpang daripada adat serta budaya tempatan,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penutupan Festival Jabat Sejagat di Bangunan Perkampungan Sukan Sarawak, Petra Jaya, malam tadi.

Mengulas mengenai sambutan ambang Tahun Baharu 2026 di Miri, beliau memaklumkan acara tersebut tetap diteruskan namun beberapa pengisian telah diselaraskan hasil perbincangan bersama pihak berkaitan bagi memastikan ia lebih sesuai dan diterima masyarakat setempat.

Tambahnya, kerajaan negeri sentiasa menyokong penganjuran program hiburan yang mampu menggalakkan sektor pelancongan dan ekonomi kreatif, namun tidak akan berkompromi terhadap sebarang unsur yang boleh menjejaskan keharmonian sosial.

“Sambutan ambang tahun baharu bukan sesuatu yang asing. Di Kuching, acara seumpama ini dianjurkan dengan tertib serta diisi persembahan yang menceriakan tanpa menimbulkan sebarang bantahan.

“Yang penting, kemeriahan itu diraikan secara berhemah dan tidak dicemari dengan elemen yang tidak sihat,” ujarnya.

Sebelum ini, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Miri dilaporkan menyuarakan bantahan terhadap cadangan penganjuran Pesta Buih sempena sambutan Tahun Baharu 2026, termasuk dengan membuat laporan polis.

Susulan perkembangan itu, pihak penganjur bersama agensi berkaitan telah mengadakan perbincangan semula dan bersetuju menyusun semula beberapa pengisian acara bagi sambutan ambang tahun baharu di bandaraya tersebut.

Pesta buih ialah satu bentuk acara hiburan di mana buih atau foam dihasilkan dalam kuantiti banyak menggunakan mesin khas dan disemburkan ke kawasan acara, biasanya diiringi muzik kuat, tarian dan suasana seperti pesta atau kelab malam.

Di sesetengah tempat, pesta buih dianggap kurang sesuai kerana sering dikaitkan dengan pergaulan bebas; berpakaian tidak sopan; aktiviti hiburan melampau serta suasana yang bercanggah dengan nilai budaya dan norma masyarakat tempatan.

-tamat-
Tags:
  • Tempatan
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • 30,000 juruteknik satelit diperlukan, I-CATS jalin kerjasama universiti antarabangsa latih anak Sarawak

    Januari 27, 2026
    30,000 juruteknik satelit diperlukan, I-CATS jalin kerjasama universiti antarabangsa latih anak Sarawak
  • RM120 juta disalur kepada rumah ibadat dan sekolah mission, penerima diingat patuhi syarat pelaporan- Uggah

    Januari 27, 2026
    RM120 juta disalur kepada rumah ibadat dan sekolah mission, penerima diingat patuhi syarat pelaporan- Uggah
  • Loji janakuasa 120MW dibina di Labuan, jamin bekalan elektrik lebih stabil- TPM Fadillah

    Januari 27, 2026
    Loji janakuasa 120MW dibina di Labuan, jamin bekalan elektrik lebih stabil- TPM Fadillah
  • Pemahaman MA63 Strategi Peroleh Sokongan Dewan Rakyat – Fadillah

    Januari 26, 2026
    Pemahaman MA63 Strategi Peroleh Sokongan Dewan Rakyat – Fadillah
  • TPM Fadillah lancar Pelan Strategik PETRA 2026-2030, dokumen utama hala tuju kementeriannya

    Januari 29, 2026
    TPM Fadillah lancar Pelan Strategik PETRA 2026-2030, dokumen utama hala tuju kementeriannya
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.