Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Ekonomi
  • Utama

Abang Johari akan adakan mesyuarat khas sebaik sahaja pulang dari China, bincang idea baharu industri masa depan

By Borneo Network
Disember 15, 2025

lawatan kerja rasmi selama empat hari di China

KUCHING— Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan idea baharu mengenai pembangunan taman perindustrian masa hadapan.

Jelasnya, mesyuarat khas itu akan diadakan sebaik sahaja beliau pulang daripada lawatan kerja rasmi selama empat hari di China yang bermula 10 Disember lalu.

“Sarawak bersedia mengorak langkah ke hadapan dengan memberi tumpuan kepada pembangunan industri masa hadapan, sekali gus meletakkan negeri ini sebagai destinasi pelaburan asing yang berdaya saing dan menarik di rantau ASEAN.

“Dan saya mempunyai idea baharu mengenai pembangunan taman perindustrian yang dicadangkan, namun berbeza daripada perancangan awal sebelum lawatan ini. 

“Ini hasil lawatan kerja rasmi ini, konsep tersebut akan diselaraskan bukan sahaja dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), malah dengan keperluan ekonomi baharu dan apa yang dikenali sebagai industri masa hadapan.

"Sejurus kepulangan saya nanti, saya akan memanggil satu mesyuarat khas bagi membincangkan perkara ini," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat GCL Group di Suzhou, China pada Jumaat.

Dalam lawatan itu, beliau turut diiringi Timbalan Menteri Utiliti Sarawak (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) Datuk Ibrahim Baki, Pengerusi PETROS, Tan Sri Datuk Amar (Dr) Hamid Bugo, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETROS, Dato Janin Girie serta rombongan lain.

Mengulas lanjut perkara ini, Abang Johari berkata, beliau melihat potensi pembangunan masa hadapan bukan sahaja dalam konteks serantau ASEAN, malah pada skala global. 

Justeru jelasnya, pendekatan dan strategi pembangunan negeri perlu dirangka semula selari dengan perubahan landskap ekonomi selepas menyaksikan sendiri perkembangan ini. 

Tegasnya lagi hal ini kerana matlamat dan aspirasi Sarawak adalah untuk menjadikan negeri ini sebagai bintang ASEAN, memandangkan Sarawak kini semakin berhubung rapat dengan negara-negara anggota ASEAN.

"Malah, kita juga akan mempelbagaikan aktiviti ekonomi dengan memanfaatkan tenaga bersih dan tenaga boleh diperbaharui sebagai sumber utama, seterusnya menghasilkan produk moden yang berdaya saing daripada sumber tersebut," ujarnya.

Tags:
  • Ekonomi
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • Edar lebih 700 gram syabu, bapa dua anak kena penjara seumur hidup, 12 sebatan

    Mac 13, 2026
    Edar lebih 700 gram syabu, bapa dua anak kena penjara seumur hidup, 12 sebatan
  • PBDS beri bayangan bersedia kerjasama dengan DAP, hadapi PRN Sarawak

    Februari 19, 2026
    PBDS beri bayangan bersedia kerjasama dengan DAP, hadapi PRN Sarawak
  • Mayat wanita dipercayai mangsa hilang ditemui dalam beg yang ditanam di rumah kosong

    Disember 19, 2025
    Mayat wanita dipercayai mangsa hilang ditemui dalam beg yang ditanam di rumah kosong
  • Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah

    Mac 08, 2026
    Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah
  • Hanya satu projek tebatan banjir Sarawak capai tujuan sepenuhnya

    Mac 13, 2026
    Hanya satu projek tebatan banjir Sarawak capai tujuan sepenuhnya
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.