Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Tempatan
  • Utama

Sarawak mampu hasil nano satelit sendiri, sokong aktiviti pemetaan, simpan data - Abg Jo

By Borneo Network
Februari 09, 2026

BINTULU-- Sarawak mampu menghasilkan nano satelit sendiri yang akan menyokong aktiviti pemetaan dan penyimpanan data di orbit rendah dengan kos yang rendah.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kos untuk menghasilkan nano satelit termasuk cubesat hanya berharga antara Euro 500,000 hingga Euro 700,000 berbanding satelit konvensional di Eropah yang dianggarkan mencapai antara Euro 300 juta hingga Euro 500 juta. 

"Sebab itu, Kerajaan Sarawak menerajui inisiatif pembangunan nano satelit jenis cubesat bagi memperkukuh kerja-kerja survei tanah dan perancangan pembangunan masa depan Sarawak

"Teknologi nano satelit ini dilihat sebagai satu alternatif yang lebih efisien dan kos efektif untuk mendapatkan data geospatial secara langsung dari orbit rendah bumi.

“Oleh itu, dengan teknologi ini, Sarawak mampu menghasilkan nano satelit sendiri yang akan menyokong aktiviti pemetaan dan penyimpanan data di orbit rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Landas Summit 2026 di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Abang Johari memberitahu data yang diperolehi melalui nano satelit akan digunakan untuk meningkatkan perancangan ekonomi dan spatial negeri, khususnya dalam kerja-kerja pengurusan tanah, infrastruktur dan pembangunan mampan.

“Data dari orbit rendah akan membantu kerja survei tanah secara lebih cepat, tepat dan bersepadu, sekali gus memberi gambaran jelas terhadap keadaan fizikal bumi Sarawak,” jelas beliau lagi.

Pada masa sama beliau memuji tahap kemajuan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dalam penggunaan teknologi dan pengumpulan data digital serta menekankan pentingnya integrasi antara sistem maklumat tanah bersepadu dan teknologi nano satelit.

Tegasnya, inisiatif nano satelit ini juga selaras dengan penggunaan data satelit dalam sektor pertanian moden, industri berteraskan tinggi, ekonomi digital dan perancangan bandar serta luar bandar, di bawah Strategi Pembangunan Sarawak 2030.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak amat komited untuk melihat Sarawak menjadi peneraju teknologi satelit kecil ini dalam ASEAN dan membuka peluang kepada penyelidik, akademik serta sektor swasta untuk bekerjasama dalam pembangunan dan aplikasi teknologi nano satelit.

Pada majlis itu, Abang Johari turut melancarkan Pelan strategik Jabatan Tanah dan Survei Sarawak 2026–2030, yang merangkumi inisiatif penggunaan teknologi ruang angkasa untuk mempercepatkan kerja-kerja pemetaan, analisis data dan pembangunan sistem maklumat yang lebih berkualiti.

Pada masa sama beliau turut menyaksikan pelancaran Dewan Premier Sarawak di Universiti Teknologi Malaysia sebagai simbol hubungan strategik antara kerajaan negeri dan institusi akademik dalam bidang geospatial, penderiaan jauh serta teknologi ruang angkasa.

tamat
Tags:
  • Tempatan
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • Edar lebih 700 gram syabu, bapa dua anak kena penjara seumur hidup, 12 sebatan

    Mac 13, 2026
    Edar lebih 700 gram syabu, bapa dua anak kena penjara seumur hidup, 12 sebatan
  • PBDS beri bayangan bersedia kerjasama dengan DAP, hadapi PRN Sarawak

    Februari 19, 2026
    PBDS beri bayangan bersedia kerjasama dengan DAP, hadapi PRN Sarawak
  • Mayat wanita dipercayai mangsa hilang ditemui dalam beg yang ditanam di rumah kosong

    Disember 19, 2025
    Mayat wanita dipercayai mangsa hilang ditemui dalam beg yang ditanam di rumah kosong
  • Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah

    Mac 08, 2026
    Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah
  • Hanya satu projek tebatan banjir Sarawak capai tujuan sepenuhnya

    Mac 13, 2026
    Hanya satu projek tebatan banjir Sarawak capai tujuan sepenuhnya
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.