Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Jenayah
  • Utama

Lelaki miliki 20 rekod jenayah, positif dadah, cuba larikan diri digagalkan

By Borneo Network
Februari 01, 2026


KUCHING-- Cubaan seorang lelaki yang memiliki 20 rekod jenayah lampau dan positif dadah, disyaki terlibat kes pecah rumah dan curi motosikal, melarikan diri berjaya digagalkan sepasukan polis.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata, suspek lelaki tempatan berusia 35 tahun ditangkap di kawasan Taman Berjaya, Batu 4 ½, Jalan Penerissen sekitar jam 1.30 petang tadi.

"Suspek ditangkap berhubung satu kes pecah masuk rumah di Jalan Laksamana Cheng Ho yang telah dilaporkan kejadian pada 30 Januari 2026 dan kes curi motorsikal di sekitar bandar Kuching," katanya dalam kenyataan malam ini.

Jelasnya, siasatan awal mendapati pihak polis telah mengesan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva berwarna putih yang dinaiki seorang suspek yang sedang dikesan polis di Jalan Kuching–Serian menghala ke Kuching. 

Tambahnya, suspek enggan memberi kerjasama dan telah bertindak melarikan diri serta melanggar beberapa buah kenderaan di atas jejambat ketika cubaan untuk meloloskan diri. 

"Dalam kejadian tersebut, seorang anggota polis telah mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan ketika cuba menahan suspek. 

"Namun, hasil kejar-mengejar suspek kemudiannya berjaya diberkas oleh team operasi BJSD Kuching. 

"Hasil saringan air kencing suspek didapati positif dadah dan semakan lanjut mendapati suspek mempunyai 20 rekod lampau jenayah," dedahnya.

Tegas Alexson, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana telah melakukan kesalahan pencerobohan rumah untuk mencuri yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 14 tahun dan denda atau sebat. 

"Siasatan turut dijalankan di bawah seksyen 186 kanun keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai tempoh dua tahun atau denda yang boleh sampai RM10,000 atau kedua-keduanya.

"Pihak polis turut mengalu-alukan masyarakat sekiranya mempunyai maklumat lanjut berkaitan kejadian di atas dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Sarjan Frankie 
di talian 019-8462132 atau menghubungi balai-balai yang berdekatan," ujarnya.

tamat
Tags:
  • Jenayah
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • Dayak, Cina boleh bentuk kerajaan stabil bersama di Sarawak dengan formula 35+16- Presiden PBDS

    Februari 26, 2026
    Dayak, Cina boleh bentuk kerajaan stabil bersama di Sarawak dengan formula 35+16- Presiden PBDS
  • Tindakan Sarawak fail petisyen di Mahkamah Persekutuan cabar kesahihan akta petroleum tepat dan strategik- Pakar

    Februari 26, 2026
    Tindakan Sarawak fail petisyen di Mahkamah Persekutuan cabar kesahihan akta petroleum tepat dan strategik- Pakar
  • PBDS beri bayangan bersedia kerjasama dengan DAP, hadapi PRN Sarawak

    Februari 19, 2026
    PBDS beri bayangan bersedia kerjasama dengan DAP, hadapi PRN Sarawak
  • Berang ditegur bermain senjata api, tembak jiran

    Februari 25, 2026
    Berang ditegur bermain senjata api, tembak jiran
  • RM1.2 bilion diperuntuk untuk Sarawak bagi laksana 6 projek bekalan air- TPM Fadillah

    Februari 04, 2026
    RM1.2 bilion diperuntuk untuk Sarawak bagi laksana 6 projek bekalan air- TPM Fadillah
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.