Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Jenayah
  • Utama

Rakyat Malaysia ketua sindiket phone scam berpangkalan di Cambodia ditahan polis Thailand

By Borneo Network
Disember 22, 2025

BANGKOK: Seorang lelaki warga Malaysia yang mengetuai sindiket penipuan antarabangsa ditahan pihak polis di wilayah Sa Kaeo pada Ahad, selepas melarikan diri dari bandar Poipet, Kemboja. 

Menurut Pesuruhjaya Polis Bangkok, Maj Gen Chanannat Sarathawanphaet, suspek dipercayai cuba mengelak daripada pergaduhan dan konflik di sepanjang sempadan antara Kemboja dan Thailand.

“Dikenali sebagai Ang Joo Heng, 29, suspek dikesan pihak polis susulan penahanan sepasang kekasih, iaitu seorang warga Indonesia bernama Kevin dan seorang warga Thailand bernama Jiranan. 

“Pasangan itu ditahan kerana terlibat dalam operasi memasang empat kotak SIM di sebuah kondominium di Bangkok, yang dipercayai digunakan untuk tujuan penipuan panggilan antarabangsa melalui pusat panggilan haram,” memetik laporan portal Bangkok Post, hari ini.

Maj Gen Chanannat Sarathawanphaet berkata, pasangan terbabit ditahan di sebuah vila mewah di daerah Cha-am, Phetchaburi, lengkap dengan kolam renang. 

Katanya lagi, mereka mendedahkan bahawa Ang Joo Heng adalah majikan mereka dan menetap di bandar Poipet sebelum melarikan diri.

“Hasil siasatan mendapati suspek memasuki wilayah Sa Kaeo tanpa melalui pos sempadan rasmi sebaliknya menggunakan laluan sempadan yang tidak dikawal seperti trek hutan atau kawasan terbuka di sempadan. Dia ditahan berhampiran tambon Khlong Nam Sai, daerah Aranyaprathet.

“Semasa soal siasat, Ang Joo Heng mengaku mengarahkan pasangan terbabit memasang kotak SIM di beberapa lokasi di Thailand. 

“Setiap peranti mengandungi pelbagai kad SIM tempatan yang digunakan untuk menipu rangkaian telekomunikasi dan menyalurkan panggilan antarabangsa bagi tujuan penipuan,” katanya.

Maj Gen Chanannat menjelaskan bahawa sindiket seperti ini sering menipu dengan menggunakan peranti dan kad SIM yang membolehkan mereka mengelak daripada dikesan pihak berkuasa, sambil menjalankan operasi secara besar-besaran di pusat panggilan haram.

Katanya, kes kini diserahkan kepada pihak penyiasat untuk tindakan lanjut, termasuk pengumpulan bukti tambahan dan kemungkinan menahan individu lain yang terlibat dalam sindiket tersebut. 


-tamat-
Tags:
  • Jenayah
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • Pekebun kecil Uma Badeng tuntut tanah kebun adat dikeluarkan daripada kawasan pajakan syarikat

    Mac 06, 2026
    Pekebun kecil Uma Badeng tuntut tanah kebun adat dikeluarkan daripada kawasan pajakan syarikat
  • Insiden tayar kereta hilang di parkir stadium cetus kebimbangan penyokong bola sepak

    Mac 08, 2026
    Insiden tayar kereta hilang di parkir stadium cetus kebimbangan penyokong bola sepak
  • Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah

    Mac 08, 2026
    Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah
  • Naik taraf bekas jalan balak di Miri dahului jadual, dijangka siap 2027

    Mac 10, 2026
    Naik taraf bekas jalan balak di Miri dahului jadual, dijangka siap 2027
  • Hisap rokok, vape di tempat orang ramai, pihak berkuasa dan KKM digesa pantau

    Mac 08, 2026
    Hisap rokok, vape di tempat orang ramai, pihak berkuasa dan KKM digesa pantau
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.