Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Utama

Pusat Kanser Sarawak bernilai RM1.5 bilion dijangka beroperasi sebelum 2031.

By Borneo Network
Disember 17, 2025


KUCHING: Dengan kos RM1.5 bilion dan keluasan lebih 154,000 meter persegi, Pusat Kanser Sarawak dijangka menjadi hospital kanser terbesar dan termaju di Malaysia serta dijangka beroperasi sebelum 2031.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, projek ini termasuk dalam senarai inisiatif strategik yang dibincangkan pada Mesyuarat Khas Pemantauan Projek Strategik Negara Bil. 3/2025, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Putrajaya pada Ahad.

“Pusat ini akan menempatkan 310 katil dan direka untuk membolehkan pakar di Hospital Umum Sarawak memberikan rawatan kanser yang lebih menyeluruh,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Menteri Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak terbabit menambah bahawa hospital ini adalah projek awam di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pelaksanaannya dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). 

Dr Sim turut memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya JKR mempercepatkan projek ini dengan garis masa jelas: tender pada suku pertama 2026, pembinaan bermula suku ketiga 2026 dan pusat ini dijangka siap serta beroperasi sebelum 2031.

Kerajaan Sarawak katanya turut menyokong inisiatif ini melalui pinjaman RM1 bilion kepada Kerajaan Persekutuan, sekali gus menunjukkan komitmen negeri dalam memperkukuh infrastruktur dan perkhidmatan kesihatan bertaraf tinggi.

“Pusat Kanser Sarawak akan menjadi sebahagian daripada Metropolis Kesihatan Sarawak di Samarahan, sebuah koridor perubatan sepanjang enam kilometer yang menggabungkan institusi perubatan dan penyelidikan bersama zon perindustrian berdekatan,” katanya.

Dalam pada itu katanya, pembangunan perkhidmatan kesihatan pakar bukan sekadar membina bangunan, tetapi juga menarik dan mengekalkan doktor serta jururawat mahir. 

Beliau turut memaklumkan Hospital Umum Sarawak (HUS) telah diiktiraf sebagai hospital penyelidikan klinikal terbaik di Malaysia selama tiga tahun berturut-turut.

“HUS juga telah mendapat pengiktirafan di peringkat Asia, membuktikan kepakaran Sarawak dalam bidang penjagaan kesihatan khusus berasaskan penyelidikan,” katanya.



Tags:
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • Edar lebih 700 gram syabu, bapa dua anak kena penjara seumur hidup, 12 sebatan

    Mac 13, 2026
    Edar lebih 700 gram syabu, bapa dua anak kena penjara seumur hidup, 12 sebatan
  • Dayak, Cina boleh bentuk kerajaan stabil bersama di Sarawak dengan formula 35+16- Presiden PBDS

    Februari 26, 2026
    Dayak, Cina boleh bentuk kerajaan stabil bersama di Sarawak dengan formula 35+16- Presiden PBDS
  • Insiden tayar kereta hilang di parkir stadium cetus kebimbangan penyokong bola sepak

    Mac 08, 2026
    Insiden tayar kereta hilang di parkir stadium cetus kebimbangan penyokong bola sepak
  • Pemandu positif dadah rempuh enam kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sibu

    Mac 13, 2026
    Pemandu positif dadah rempuh enam kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sibu
  • Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah

    Mac 08, 2026
    Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.