Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Nasional
  • Utama

Penduduk luar bandar terpaksa beli RON95 tanpa subsidi setiap kali berlaku gangguan Internet

By Borneo Network
Disember 19, 2025
Gambar kredit Syamsul Rapi

KUCHING— Sejak pelaksanaan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) pada September lalu, isu yang sering timbul adalah apabila hilang liputan Internet maka rakyat terpaksa membayar lebih untuk membeli bahan api itu kerana tanpa subsidi.

Situasi ini kerap terjadi di stesen-stesen minyak di luar bandar di negeri ini di mana seringnya berlaku gangguan talian Internet sekali gus menjejaskan sistem dalam talian BUDI95.

Ini menyebabkan pengguna di luar bandar terpaksa memberli minyak RON95 tanpa subsidi.

Keadaan ini menimbulkan ketidakpuasan hati penduduk di luar bandar kerana sehingga kini tiada penyelesaian yang konkrit daripada pihak stesen minyak mahupun kerajaan persekutuan untuk mengatasi masalah tersebut setiap kali berlakunya gangguan Internet. 

Baru-baru ini, seorang pengguna yang dikenali sebagai Syamsul Rapi juga berkongsi pengalaman terpaksa membeli RON95 tanpa subsidi berikutan gangguan Internet yang berlaku di sebuah stesen minyak di Daro.

“Inilah masalah bila tidak ada rangkaian Internet, yang terkesan rakyat luar bandar bila terpaksa beli minyak RON95 dengan harga RM2.64 seliter tanpa subsidi,” katanya.

Justeru, beliau berharap kerajaan persekutuan mempertimbangkan untuk menyeragamkan harga RON95 kepada RM1.99 seliter bagi mengatasi masalah tersebut.

Seorang lagi pengguna Facebook Zawawi Kapa memberitahu kerajaan sepatutnya menyelesaikan masalah tersebut.

“Sepatutnya kerajaan yang kita pilih menyelesaikan masalah rakyat dan memudahkan apa saja urusan berkaitan,” tegasnya.

BUDI95 dilaksanakan secara berperingkat sejak 27 September lalu bermula dengan 300,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia, sebelum diperluas kepada lebih lima juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kategori B40.

BUDI95 menawarkan kaedah transaksi mudah kerana hanya memerlukan MyKad atau lesen memandu sah untuk pengesahan kelayakan secara automatik, manakala pembayaran boleh dibuat menggunakan aplikasi dompet digital pilihan.

Selain memberikan manfaat terus kepada rakyat, inisiatif itu dijangka menyumbang kepada keseimbangan fiskal negara dengan penjimatan subsidi yang boleh disalurkan semula kepada sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan sosial.

Maklumat lanjut mengenai BUDI95 boleh diperoleh melalui portal rasmi www.budimadani.gov.my atau talian bantuan 1-300-88-9595.

tamat
Tags:
  • Nasional
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • Edar lebih 700 gram syabu, bapa dua anak kena penjara seumur hidup, 12 sebatan

    Mac 13, 2026
    Edar lebih 700 gram syabu, bapa dua anak kena penjara seumur hidup, 12 sebatan
  • Dayak, Cina boleh bentuk kerajaan stabil bersama di Sarawak dengan formula 35+16- Presiden PBDS

    Februari 26, 2026
    Dayak, Cina boleh bentuk kerajaan stabil bersama di Sarawak dengan formula 35+16- Presiden PBDS
  • Insiden tayar kereta hilang di parkir stadium cetus kebimbangan penyokong bola sepak

    Mac 08, 2026
    Insiden tayar kereta hilang di parkir stadium cetus kebimbangan penyokong bola sepak
  • Pemandu positif dadah rempuh enam kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sibu

    Mac 13, 2026
    Pemandu positif dadah rempuh enam kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sibu
  • Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah

    Mac 08, 2026
    Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.