Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Jenayah
  • Utama

Mayat wanita dipercayai mangsa hilang ditemui dalam beg yang ditanam di rumah kosong

By Borneo Network
Disember 19, 2025
Gambar kredit BHTV

REMBAU: Misteri kehilangan seorang wanita terjawab selepas polis menemui satu mayat dipercayai milik mangsa di dalam sebuah beg yang ditanam di kawasan rumah kosong di Kampung Batu 4, Pedas, di sini, semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, penemuan itu berkemungkinan berkait rapat dengan kes orang hilang yang dilaporkan di Balai Polis Ampang Jaya, Selangor pada 15 Disember lalu.

Beliau memaklumkan, polis menerima maklumat pada 18 Disember sebelum satu pemeriksaan dijalankan di sebuah rumah tidak berpenghuni di Jalan Pedas–Linggi. 

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan mencurigakan di bahagian belakang premis tersebut.

“Siasatan lanjut membawa kepada penemuan sebuah beg yang ditanam dan mengandungi mayat seorang wanita. Keadaan ini menunjukkan wujud unsur jenayah,” katanya memetik laporan media tempatan.

Menurut beliau, pihak polis sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek serta mendapatkan gambaran penuh kejadian berkenaan. 

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau di talian 06-685 2222,” katanya.

Terdahulu, polis Ampang Jaya mengklasifikasikan kehilangan seorang wanita berusia 53 tahun sebagai kes orang hilang selepas laporan dibuat oleh ahli keluarganya. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, siasatan telah dijalankan bagi mengesan mangsa yang dilaporkan tidak pulang sejak 8 Disember.


Dalam pada itu, seorang penyanyi berasal dari Sarawak, Mac Ruhayu Mohd Nor turut menggesa orang ramai membantu menjejaki sahabat baiknya yang dipercayai berada di Semenanjung sebelum dilaporkan hilang. 

Katanya, Suri dikatakan sepatutnya berlepas ke Switzerland untuk bercuti pada 9 Disember, namun tidak menaiki penerbangan seperti dirancang.

“Suri dijemput oleh seorang kenalan baharu untuk ke lapangan terbang pada hari kejadian, namun rekod perjalanan menunjukkan beliau tidak meninggalkan negara ini, manakala lokasi terakhir telefon bimbitnya dikesan di kawasan Dengkil,” katanya.


-tamat-
Tags:
  • Jenayah
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • 30,000 juruteknik satelit diperlukan, I-CATS jalin kerjasama universiti antarabangsa latih anak Sarawak

    Januari 27, 2026
    30,000 juruteknik satelit diperlukan, I-CATS jalin kerjasama universiti antarabangsa latih anak Sarawak
  • RM120 juta disalur kepada rumah ibadat dan sekolah mission, penerima diingat patuhi syarat pelaporan- Uggah

    Januari 27, 2026
    RM120 juta disalur kepada rumah ibadat dan sekolah mission, penerima diingat patuhi syarat pelaporan- Uggah
  • Loji janakuasa 120MW dibina di Labuan, jamin bekalan elektrik lebih stabil- TPM Fadillah

    Januari 27, 2026
    Loji janakuasa 120MW dibina di Labuan, jamin bekalan elektrik lebih stabil- TPM Fadillah
  • Pemahaman MA63 Strategi Peroleh Sokongan Dewan Rakyat – Fadillah

    Januari 26, 2026
    Pemahaman MA63 Strategi Peroleh Sokongan Dewan Rakyat – Fadillah
  • TPM Fadillah lancar Pelan Strategik PETRA 2026-2030, dokumen utama hala tuju kementeriannya

    Januari 29, 2026
    TPM Fadillah lancar Pelan Strategik PETRA 2026-2030, dokumen utama hala tuju kementeriannya
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.