Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Jenayah
  • Utama

“Calling centre” judi online di Jalan Song dibongkar, 28 individu diberkas

By Borneo Network
Disember 23, 2025


KUCHING— Pusat panggilan perjudian dalam talian (calling centre) yang dipercayai sudah beroperasi selama empat bulan yang berselindung di dua unit pangsapuri di Jalan Song, di sini, berjaya dibongkarkan dengan tertangkapnya 28 individu pada semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata, dua serbuan berasingan itu, masing-masing dijalankan pada jam 2 petang dan 2.12 petang di dua unit pangsapuri berkenaan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching dengan kerjasama Cawangan D7, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

“Hasil serbuan tersebut, polis telah berjaya menahan seramai 28 individu, terdiri daripada tiga lelaki tempatan, 24 lelaki dan 1 wanita warganegara asing, berumur antara 19 hingga 40 tahun. 

“Polis turut merampas peralatan komputer, telefon bimbit serta peranti berkaitan yang dipercayai digunakan bagi menjalankan aktiviti perjudian dalam talian,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Alexson berkata, siasatan awal mendapati sindiket ini beroperasi sebagai pusat panggilan (calling centre) dan menggunakan aplikasi Whatapp dan laman sesawang bagi mempromosikan pelbagai bentuk perjudian dalam talian, dengan sasaran pelanggan dari negara Australia dan China. 

“Premis berkenaan dipercayai telah beroperasi selama kira-kira empat bulan.

“Kesemua individu yang ditahan dipercayai bekerja secara sepenuh masa dalam aktiviti perjudian tersebut,” katanya.

Tegasnya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana mempromosikan aktiviti perjudian, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM50,000 bagi setiap kesalahan jika sabit kesalahan. 

“Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000, penjara tidak melebihi lima tahun dan sebatan sehingga enam kali. 

“Selain itu, kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(C) akta yang sama kerana tinggal melebihi tempoh sah pas atau permit juga disiasat, yang membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000, penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Menurut beliau, kesemua suspek telah kini direman tiga hari untuk siasatan lanjut. 

“Justeru, kita menyeru orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti- aktiviti berkaitan jenayah dengan menghubungi pusat kawalan IPD Kuching di talian 082-244444,” katanya.

tamat
Tags:
  • Jenayah
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • Pekebun kecil Uma Badeng tuntut tanah kebun adat dikeluarkan daripada kawasan pajakan syarikat

    Mac 06, 2026
    Pekebun kecil Uma Badeng tuntut tanah kebun adat dikeluarkan daripada kawasan pajakan syarikat
  • Insiden tayar kereta hilang di parkir stadium cetus kebimbangan penyokong bola sepak

    Mac 08, 2026
    Insiden tayar kereta hilang di parkir stadium cetus kebimbangan penyokong bola sepak
  • Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah

    Mac 08, 2026
    Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah
  • Naik taraf bekas jalan balak di Miri dahului jadual, dijangka siap 2027

    Mac 10, 2026
    Naik taraf bekas jalan balak di Miri dahului jadual, dijangka siap 2027
  • Hisap rokok, vape di tempat orang ramai, pihak berkuasa dan KKM digesa pantau

    Mac 08, 2026
    Hisap rokok, vape di tempat orang ramai, pihak berkuasa dan KKM digesa pantau
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.