Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Jenayah
  • Utama

Suspek pemerdagangan manusia rempuh pagar sekolah cuba larikan diri

By Borneo Network
Februari 10, 2026

LUNDU– Tindakan seorang lelaki menyeludup dua wanita warga asing menggunakan kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kampung Rukam, Jalan Lundu-Biawak semalam berjaya digagalkan selepas kenderaannya merempuh pagar Sekolah Kebangsaan Holy Name ketika cuba melarikan diri.

Jurucakap Unit Perancangan Strategik dan Khidmat Korporat Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sarawak dalam kenyataan berkata, semasa Ops Serkap dijalankan bermula jam 5.35 petang hingga 7 malam itu, berlaku aksi kejar mengejar apabila pemandu SUV yang disyaki enggan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa. 

“Dalam usaha melarikan diri daripada pemeriksaan, suspek telah nekad merempuh pagar Sekolah Kebangsaan Holy Name, Kampung Rukam sebelum berjaya ditahan oleh anggota operasi. 

“Insiden tersebut berjaya dikawal tanpa melibatkan kecederaan kepada orang awam,” kata kenyataan itu.

Tegasnya lagi, hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua individu terbabit disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Akta Imigresen 1959/63, termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. 

Jelasnya, suspek terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita warga asing kemudiannya ditahan untuk siasatan dan tindakan perundangan selanjutnya.

Tambahnya, operasi itu semalam dilaksanakan oleh Pasukan Tindakan Khas, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sarawak melibatkan kekuatan seramai lapan anggota, tertumpu di sekitar Kampung Rukam, Jalan Lundu–Biawak. 

Dalam operasi berasingan, katanya, pasukan yang sama telah melaksanakan Ops SAPU pada awal pagi 10 Februari 2026 di Kuching. 

“Operasi kedua ini bermula jam 2.35 pagi hingga 3.00 pagi dan memfokuskan pemeriksaan di sebuah premis bilik sewa di kawasan komersial Kuching City Mall. 

“Seramai sepuluh individu diperiksa, melibatkan empat warga asing dan enam warga tempatan bagi tujuan pengesahan status dokumen perjalanan.

“Daripada pemeriksaan tersebut, tiga warga Indonesia terdiri daripada seorang lelaki dan dua perempuan telah ditahan setelah didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya.

Sehubungan itu, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sarawak menegaskan bahawa operasi seumpama ini akan terus dipertingkat dari semasa ke semasa bagi membanteras aktiviti menyalahi undang-undang imigresen. 

“Kerjasama orang ramai amat diperlukan dalam menyalurkan maklumat agar tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan demi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya lagi.

tamat

Tags:
  • Jenayah
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • Edar lebih 700 gram syabu, bapa dua anak kena penjara seumur hidup, 12 sebatan

    Mac 13, 2026
    Edar lebih 700 gram syabu, bapa dua anak kena penjara seumur hidup, 12 sebatan
  • PBDS beri bayangan bersedia kerjasama dengan DAP, hadapi PRN Sarawak

    Februari 19, 2026
    PBDS beri bayangan bersedia kerjasama dengan DAP, hadapi PRN Sarawak
  • Mayat wanita dipercayai mangsa hilang ditemui dalam beg yang ditanam di rumah kosong

    Disember 19, 2025
    Mayat wanita dipercayai mangsa hilang ditemui dalam beg yang ditanam di rumah kosong
  • Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah

    Mac 08, 2026
    Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah
  • Hanya satu projek tebatan banjir Sarawak capai tujuan sepenuhnya

    Mac 13, 2026
    Hanya satu projek tebatan banjir Sarawak capai tujuan sepenuhnya
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.