Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Ekonomi
  • Utama

SEB buka RFP bina lima empangan hidro baharu di Sarawak, berjaya tarik minat syarikat mega tempatan, antarabangsa

By Borneo Network
Februari 17, 2026


KUCHING— Sarawak Energy Berhad (SEB) membuka Permintaan cadangan (RFP) bagi pembinaan lima empangan hidro baharu di Sarawak yang ketika ini dilihat berjaya menarik minat syarikat mega tempatan dan antarabangsa.

Ini hasil sesi taklimat yang diadakan pada 30 Januari lalu yang dihadiri kira-kira 100 peserta yang hadir secara fizikal manakala lebih ramai menyertai secara dalam talian, mencerminkan minat tinggi terhadap projek yang dikenali sebagai Cascading Power Sources (CPS) itu. 

Antara syarikat tempatan yang dilaporkan menunjukkan minat termasuk Gamuda Bhd dan Press Metal Aluminium Holdings Bhd, selain penyertaan beberapa syarikat utama dari Jepun, China dan Korea Selatan. 

Taklimat tersebut diadakan susulan RFP yang dikeluarkan oleh SEB pada 17 Januari bagi pembangunan lima empangan di lembangan Tutoh, Belaga, Danum, Balui dan Gaat, yang terletak di bahagian tengah serta utara Sarawak dan sebahagiannya bersempadan dengan Kalimantan.

Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada kelima-lima empangan itu akan dianugerahkan kepada satu konsortium atau diagihkan secara berasingan kepada beberapa pihak. 

Menurut dokumen terma rujukan di laman sesawang SEB, pembangunan CPS bertujuan mengoptimumkan potensi hidro yang belum diteroka melalui pendekatan berangkai dalam satu lembangan sungai. 

Kaedah ini membolehkan penjanaan tenaga dimaksimumkan daripada aliran sungai yang sama, sekali gus meningkatkan kecekapan sistem dan kapasiti tenaga boleh diperbaharui. 

Dari segi kapasiti, Gaat CPS diunjurkan menjana antara 50 megawatt (MW) hingga 70MW, manakala Balui CPS berpotensi menghasilkan antara 700MW hingga 800MW. 

Bagaimanapun, nilai keseluruhan projek berkenaan belum didedahkan. 

Dalam pada itu, syarikat atau konsortium yang berjaya dikehendaki membangunkan model kewangan terperinci berasaskan metodologi aliran tunai terdiskaun (DCF) bagi menilai daya maju projek.

Calon yang disenarai pendek perlu memeterai perjanjian pembangunan bersama dengan anak syarikat milik penuh SEB iaitu SEB Power Sdn Bhd, selepas menandatangani perjanjian kajian bersama dan perjanjian pembelian tenaga (PPA).

PPA itu akan dilaksanakan oleh Syarikat SESCO Bhd yang diberi mandat bagi penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik di negeri berkenaan. 

Menurut terma rujukan, perjanjian pembangunan bersama itu bukan usaha sama rasmi tetapi menyediakan rangka kerja mengikat meliputi skop kerjasama, mekanisme perkongsian kos, agihan risiko dan penyelesaian pertikaian bagi memacu projek ke arah keputusan pelaburan muktamad. 

Pembangunan CPS merupakan sebahagian daripada sasaran Sarawak untuk mencapai kapasiti penjanaan terpasang 15 gigawatt (GW) menjelang 2035, sejajar komitmen memenuhi pertumbuhan permintaan domestik serta memposisikan negeri itu sebagai pengeksport tenaga bersih ke pasaran serantau, termasuk menerusi inisiatif Grid Kuasa ASEAN. 

SEB ketika ini mengendalikan tiga loji hidro utama iaitu Bakun (2,520MW), Murum (944MW) dan Batang Ai (94MW), manakala Projek Hidroelektrik Baleh berkapasiti 1,285MW dijangka siap menjelang penghujung dekad ini. 

Syarikat itu juga memiliki Loji Janakuasa Kitaran Gabungan Tanjung Kidurong berkapasiti 842MW

Sarawak menyasarkan eksport 1GW tenaga boleh diperbaharui ke Singapura menjelang 2032 selepas siapnya pembinaan kabel dasar laut. 

tamat
Tags:
  • Ekonomi
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • Dayak, Cina boleh bentuk kerajaan stabil bersama di Sarawak dengan formula 35+16- Presiden PBDS

    Februari 26, 2026
    Dayak, Cina boleh bentuk kerajaan stabil bersama di Sarawak dengan formula 35+16- Presiden PBDS
  • Berang ditegur bermain senjata api, tembak jiran

    Februari 25, 2026
    Berang ditegur bermain senjata api, tembak jiran
  • Tindakan Sarawak fail petisyen di Mahkamah Persekutuan cabar kesahihan akta petroleum tepat dan strategik- Pakar

    Februari 26, 2026
    Tindakan Sarawak fail petisyen di Mahkamah Persekutuan cabar kesahihan akta petroleum tepat dan strategik- Pakar
  • PBDS beri bayangan bersedia kerjasama dengan DAP, hadapi PRN Sarawak

    Februari 19, 2026
    PBDS beri bayangan bersedia kerjasama dengan DAP, hadapi PRN Sarawak
  • Lelaki dibaham buaya semasa menjala di tebing sungai

    Februari 17, 2026
    Lelaki dibaham buaya semasa menjala di tebing sungai
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.