Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Ekonomi
  • Utama

Sarawak perkukuh kerjasama Borneo sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi baharu

By Borneo Network
Februari 03, 2026


JAKARTA — Sarawak komited memperkukuh kerjasama serantau, khususnya di Pulau Borneo, sebagai pemacu baharu pertumbuhan ekonomi mampan dan berdaya tahan dalam landskap global yang semakin mencabar.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perubahan rantaian bekalan dunia dan peningkatan faham perlindungan ekonomi menuntut negara serta wilayah untuk lebih adaptif dan terbuka.

“Pengukuhan jaringan ekonomi, perdagangan dan pelaburan amat penting bagi meningkatkan daya saing rantau ini, selain menyokong pembangunan wilayah serta peningkatan taraf hidup rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Indonesia Economic Summit (IES) 2026 bertemakan “Ideas from Borneo: Investing in the Next Engine of Growth” di sini hari ini.

Justeru, Abang Johari berkata, menerusi IES 2026 ini akan menyediakan platform penting bagi membincangkan hala tuju ekonomi serantau, di samping meneroka peluang kerjasama, pelaburan dan perkongsian strategik demi pembangunan wilayah serta peningkatan taraf hidup rakyat.

“Badan perniagaan serantau perlu berani membina perkongsian baharu dan memperkukuh hubungan sedia ada bagi memperdalam jaringan ekonomi, memperluas perdagangan serta meningkatkan daya saing,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memuji inisiatif Indonesian Business Council (IBC) menghidupkan semula Borneo Economic Community (BEC) yang disifatkan semakin relevan dalam persekitaran ekonomi semasa.

Beliau berkata, platform tersebut berupaya menyatukan keluarga besar Borneo serta menterjemahkan potensi pembangunan dan kedudukan strategik pulau itu kepada nilai ekonomi yang bermakna.

Menyentuh peranan ASEAN, beliau berkata rantau itu yang mempunyai lebih 670 juta penduduk dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) gabungan AS$3.8 trilion kini berada di ambang transformasi industri utama ke arah model ekonomi bernilai tinggi dan rendah karbon.

Abang Johari turut menegaskan kepentingan Borneo yang didiami lebih 20 juta penduduk merentasi Sarawak, Sabah, sebahagian Indonesia dan Brunei Darussalam, selain kaya dengan kepelbagaian budaya serta sumber semula jadi.

“Terletak berhampiran hampir 60 peratus populasi dunia seperti China dan India, Sarawak yang merangkumi kira-kira 17 peratus keluasan Borneo berada di persimpangan Lautan Hindi dan Pasifik,” katanya.

Sehubungan itu, tegas beliau, Sarawak giat melabur dalam pembangunan infrastruktur, utiliti dan telekomunikasi termasuk rangkaian pengangkutan bersepadu, lapangan terbang antarabangsa baharu serta pelabuhan laut dalam bagi menyokong permintaan industri yang semakin berkembang.

Beliau turut menyifatkan Pelabuhan Antarabangsa Kijing di Kalimantan sebagai pelengkap strategik kepada pelabuhan di Sarawak dalam memperkukuh keterhubungan jarak jauh ke Asia Timur, Timur Tengah dan Eropah.

Mengulas hubungan udara, Abang Johari berkata penyambungan semula penerbangan terus antara Kuching dan Pontianak menandakan kebangkitan semula keterhubungan Borneo, selain menyokong perdagangan, pelancongan, pendidikan dan kerjasama perniagaan. 

Penubuhan Air Borneo juga, katanya, bertujuan memperkukuh jaringan penerbangan serantau.

Dalam sektor tenaga, beliau berkata Sarawak memainkan peranan penting dalam pembangunan tenaga boleh baharu termasuk kerjasama rentas sempadan dengan Indonesia melalui projek hidroelektrik bersama di Kalimantan Utara.

Menurutnya, pelancaran sambungan Grid Tenaga Sarawak–Sabah baru-baru ini menjadi langkah penting ke arah Grid Tenaga Borneo dan seterusnya menyokong visi Grid Tenaga ASEAN.

Abang Johari berkata Sarawak sedang membina ekonomi baharu berteraskan tenaga bersih, pengurusan karbon bertanggungjawab, teknologi digital dan pembuatan termaju, termasuk melalui pembangunan ekonomi hidrogen hijau, hab Pemerangkapan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) serta strategi Silicon Longhouse.

Beliau menegaskan pembangunan modal insan turut menjadi keutamaan dengan pelaburan besar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Katanya lagi, masa depan Borneo tidak boleh dibentuk secara bersendirian, sebaliknya memerlukan kerjasama erat, penjajaran kekuatan dan pembinaan nilai jangka panjang bersama.

“Sarawak bersedia bekerjasama rapat dengan Indonesia dan rakan serantau di Borneo bagi memacu pertumbuhan mampan, daya tahan wilayah dan kerjasama bermakna pada masa hadapan,” ujarnya.

tamat
Tags:
  • Ekonomi
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • Pekebun kecil Uma Badeng tuntut tanah kebun adat dikeluarkan daripada kawasan pajakan syarikat

    Mac 06, 2026
    Pekebun kecil Uma Badeng tuntut tanah kebun adat dikeluarkan daripada kawasan pajakan syarikat
  • Insiden tayar kereta hilang di parkir stadium cetus kebimbangan penyokong bola sepak

    Mac 08, 2026
    Insiden tayar kereta hilang di parkir stadium cetus kebimbangan penyokong bola sepak
  • Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah

    Mac 08, 2026
    Cadangan tambah 17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka dibentang di Parlimen Julai nanti- Fadillah
  • Naik taraf bekas jalan balak di Miri dahului jadual, dijangka siap 2027

    Mac 10, 2026
    Naik taraf bekas jalan balak di Miri dahului jadual, dijangka siap 2027
  • Hisap rokok, vape di tempat orang ramai, pihak berkuasa dan KKM digesa pantau

    Mac 08, 2026
    Hisap rokok, vape di tempat orang ramai, pihak berkuasa dan KKM digesa pantau
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.