Cari Blog Ini

Laporkan Salah Guna

Nombor Dua

  • Business
  • _Strategy
  • _Economy
  • _Finance
  • _Retail
  • _Advertising
  • _Careers
  • _Media
  • _Real Estate
  • _Small Business
  • _The Better Work Project
  • _Personal Finance
  • Tech
  • _Science
  • _AI
  • _Enterprise
  • _Transportation
  • _Startups
  • _Innovation
  • Markets
  • _Stocks
  • _Indices
  • _Commodities
  • _Crypto
  • _Currencies
  • _ETFs
  • Lifestyle
  • _Entertainment
  • _Culture
  • _Travel
  • _Food
  • _Health
  • _Parenting
  • Politics
  • _Military & Defense
  • _Law
  • _Education
  • Reviews
  • _Tech
  • _Streaming
  • _Tickets
  • _Kitchen
  • _Style
  • _Beauty
  • _Gifts
  • _Deals
  • Video
  • _Big Business
  • _Food Wars
  • _So Expensive
  • _Still Standing
  • _Boot Camp
  • Laman utama
  • Sukan
  • Utama

Susah gambarkan perasaan, penat lelah akhirnya buahkan hasil - Miki Ghazali

By Borneo Network
Disember 19, 2025


KUCHING: Kejayaan Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar, 16, menyumbang pingat emas kepada Malaysia pada Sukan SEA Thailand 2025 mencuri tumpuan selepas beliau menewaskan atlet Thailand di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok, baru-baru ini.

Atlet muda ini memperlihatkan tahap disiplin tinggi dan pengawalan emosi yang cemerlang meskipun berdepan tekanan bertanding di gelanggang lawan dengan ribuan penonton.

“Perasaan tertekan memang ada kerana saya bertarung di tempat lawan, tetapi persediaan yang dibuat dengan jurulatih dan rakan sepasukan membuatkan saya lebih tenang,” katanya yang lebih dikenali sebagai Miki sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching malam tadi.

Beliau menjelaskan, kemenangan berpunca daripada kawalan tempo perlawanan yang baik pada pusingan awal, membolehkannya mengekalkan fokus hingga ke penamat.

Miki turut mengakui rasa gugup memang ada, namun dorongan jurulatih dan pasukan membantu mengawal tekanan dan membuat keputusan lebih baik di gelanggang.

“Apabila saya berjaya menguasai pusingan awal, keyakinan datang sendiri. Selepas itu, saya hanya ikut strategi yang ditetapkan jurulatih.

“Emosi bercampur-baur masa diumumkan menang. Susah nak digambarkan perasaan bila semua penat lelah latihan akhirnya membuahkan hasil,” ujarnya.

Kemenangan ini bukan sahaja menaikkan nama Malaysia di arena Muay Thai, malah memperkukuh prestasi keseluruhan pasukan negara berbanding edisi sebelumnya.

Mengenai masa depan dan kemungkinan beraksi di Sukan SEA Malaysia 2027, Miki memilih untuk menumpukan perhatian kepada latihan dan pemulihan terlebih dahulu.

“Sekarang fokus kepada persediaan dan kesihatan diri dulu, soal kejohanan akan datang kita tengok kemudian,” katanya.

Dalam kategori 57 kilogram, Miki Ghazali berjaya membawa pulang pingat emas selepas menundukkan Suphakon Sirilun dengan prestasi mantap sepanjang perlawanan akhir. Beliau menguasai setiap pusingan dan juri memberikan kemenangan kepadanya dengan mata 10–9 di ketiga-tiga pusingan.

Sebelum menempah tempat di final, Miki menumpaskan wakil Laos, Seuaphom Thongbang, dengan keputusan tipis 2-1 di peringkat separuh akhir.


-tamat-
Tags:
  • Sukan
  • Utama
Share:
Also read
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Related news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Latest news
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Show more
Paling popular
  • 30,000 juruteknik satelit diperlukan, I-CATS jalin kerjasama universiti antarabangsa latih anak Sarawak

    Januari 27, 2026
    30,000 juruteknik satelit diperlukan, I-CATS jalin kerjasama universiti antarabangsa latih anak Sarawak
  • RM120 juta disalur kepada rumah ibadat dan sekolah mission, penerima diingat patuhi syarat pelaporan- Uggah

    Januari 27, 2026
    RM120 juta disalur kepada rumah ibadat dan sekolah mission, penerima diingat patuhi syarat pelaporan- Uggah
  • Loji janakuasa 120MW dibina di Labuan, jamin bekalan elektrik lebih stabil- TPM Fadillah

    Januari 27, 2026
    Loji janakuasa 120MW dibina di Labuan, jamin bekalan elektrik lebih stabil- TPM Fadillah
  • Pemahaman MA63 Strategi Peroleh Sokongan Dewan Rakyat – Fadillah

    Januari 26, 2026
    Pemahaman MA63 Strategi Peroleh Sokongan Dewan Rakyat – Fadillah
  • JSJNS tangkap 13,198 suspek berkaitan dadah termasuk 644 tokan dadah, rampasan dadah lebih RM30 juta pada 2025

    Januari 23, 2026
    JSJNS tangkap 13,198 suspek berkaitan dadah termasuk 644 tokan dadah, rampasan dadah lebih RM30 juta pada 2025
Tag paling popular
  • Antarabangsa
  • Berita Penting
  • Ekonomi
  • Jenayah
  • Kemalangan
  • Kesihatan
  • Nasional
  • Sukan
  • Tempatan
  • Utama
Nombor Dua
Company
  • Tentang Kami
  • Careers
  • Advertise With Us
  • Hubungi
Perundangan & Privasi
  • Terma Perkhidmatan
  • Dasar Privasi
  • Accessibility
  • Disclaimer
News
  • Berita Penting
  • Kesihatan
  • Kemalangan
  • Sukan
Market Data
  • Stocks
  • Commodities
  • Rates & Bonds
  • Currencies
Copyright © 2025 Nombor Dua from Borneo Network. All rights reserved.